NEW : 30 SEKOLAH KLUSTER

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

NEW : 30 SEKOLAH KLUSTER

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 10:41 am

30 disenarai sekolah kluster

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 30 sekolah lagi daripada pelbagai aliran
telah dipilih bagi disenaraikan sebagai sekolah kluster, menjadikan
keseluruhannya sebanyak 60 sekolah sejak ia diperkenalkan pada Mac
tahun lalu. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
berkata, jumlah sekolah kluster akan bertambah setiap tahun sehingga
mencapai sasaran 300 sekolah kluster pada 2010. Beliau berkata,
sekolah-sekolah kluster fasa kedua itu turut layak memohon peruntukan
khas berjumlah sehingga RM500,000 untuk melaksanakan program dan
aktiviti yang telah ditentukan.

''Sehingga April 2008, sebahagian peruntukan telah disalurkan kepada 30
sekolah kluster bagi fasa pertama manakala baki peruntukan akan
diturunkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa setiap sekolah.

''Peruntukan untuk sekolah kluster fasa kedua pula akan diturunkan
selepas permohonan sekolah-sekolah tersebut diluluskan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan
mesyuarat bersama Panel Penasihat Sekolah Kluster di kementeriannya di
sini hari ini. Pelaksanaan sekolah kluster adalah salah satu fokus
utama yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010. Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin
Mohd. Dom dan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster, Tan Sri Dr.
Abdul Rahman Arshad. Menurut Hishammuddin, pada masa yang sama
kementerian akan menilai dan meneliti 75 perakuan dan cadangan yang
dikemukakan panel penasihat bagi menambah baik dan memperkukuhkan
pengurusan serta pentadbiran sekolah kluster di seluruh negara.

''Perakuan dan cadangan ini diperoleh panel penasihat hasil daripada
lawatan ke sekolah kluster, perbincangan bersama pemimpin sekolah
kluster, serta lawatan ke beberapa buah negara yang melaksanakan konsep
mirip sekolah kluster di negara ini.

''Perakuan dan cadangan itu boleh dijadikan panduan kepada pengetua dan
gurubesar sekolah kluster serta pegawai di kementerian dalam menjayakan
pelaksanaan sekolah kluster ini," katanya.

Beliau berkata, perakuan tersebut juga melibatkan beberapa aspek dan
bidang utama termasuk pengurusan am kementerian, kepimpinan dan
pengurusan, pengurusan sekolah, guru sekolah kluster, kurikulum, hal
ehwal murid dan bidang kebitaraan (niche area).

Selain itu, katanya, ia turut membabitkan prasarana dan iklim sekolah,
penglibatan ibu bapa dan masyarakat, jaringan, penaksiran dan
pemantauan.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, selaras dengan usaha memartabatkan
profesion keguruan di negara ini, Jemaah Menteri telah meluluskan
pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 bagi mengemaskinikan bidang kuasa
dan keupayaan kementerian melahirkan pendidik yang berkualiti,
cemerlang dan berkebolehan.

''Rang undang-undang ini akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang untuk dibahaskan.

''Antara tumpuan usaha ini adalah menaiktaraf maktab perguruan di
seluruh negara kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)," katanya.

言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 21

查阅用户资料

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题