Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am 2

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am 2

帖子 由 lonelytree 于 周日 五月 30, 2010 3:27 am

Go to the original site

Pada kebiasaannya, para pelajar gagal
memperolehi markah yang tinggi dalam bahagian esei kerana pelajar gagal
memahami kehendak soalan, walaupun pelajar dapat mengarang dengan baik.
Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit maklumat bagaimana pelajar dalam
mendekati tugasan soalan yang berbunyi “ bincangkan pernyataan di atas
”. Pelajar perlu memahami pernyataan yang terdapat dalam soalan .
Kebiasaannya terdapat dua arahan dalam pernyataan soalan .( paling popular) Bagaimanapun, pernah
juga soalan STPM yang hanya meminta satu
arahan atau tiga arahan. Jadi, pernyataan
soalan itu sendiri akan menentukan arahan sebenar yang perlu dijawab
oleh calon STPM.



Teknik
Memahami Soalan yang Berbunyi “ Bincangkan pernyataan di atas ”.


Arahan : Cuba kenal pasti arahan/tugasan yang diminta dalam
soalan berikut dan sediakan rangka isi sebelum merujuk kepada jawapan.


1. Walaupun
teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita
seharian, namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada
penggunaan teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini .( 1997-soalan
4)

Jawapan Soalan 1



2 “ Industri
pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum
demikian, sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan
kita kepada kesan negatifnya.” Jelaskan penyataan ini.(1998-soalan 1)

Jawapan Soalan 2



3. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan
kepada negara-negara membangun, namum pada masa yang sama proses
tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara berkenaan.
Bincangkan(2004-Soalan 2)

Jawapan
Soalan 3




4 Sains dan
teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian,
ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.

Jelaskan penyataan ini. (1997- soalan 3)

Jawapan
Soalan 4




5. Kita tidak dapat
menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk
memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang
sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan
sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas.(
2006-Soalan 2)

Jawapan
Soalan 5


Soalan ini hanya ada satu arahan/tugasan.



6. Pelbagai usaha
telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam
bagi mengatasi masalah alam sekitar. Bincangkan ( STPM 2006- Soalan
3)

Jawapan
Soalan 6


Soalan ini ada tida arahan/tugasan.



7. Penglibatan
kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yang
terus-menerus berkembang. Sungguhpun secara umum buruh kanak-kanak
dianggap menyalahi undang-undang, tetapi terdapat juga usaha oleh ibu
bapa, majikan dan kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya.
Bincangkan pernyataan ini.( STPM 2002- soalan 1)

Jawapan
Soalan 7




Bahagian C
Panduan Menjawab Bahagian C
1. Calon perlu menjawab soalan 5 (
laras sastera, a atau b) dan soalan 6 (
laras sains , a atau b )

2. 10 markah utk setiap soalan
3. Baca
dan fahamkan petikan.


4. Fahamkan arahan soalan & jawab
mengikut kehendak


soalan.
5. Jawapan perlu ringkas dan padat.
6. Gunakan bahasa yg ringkas, padat & gramatis

Jawapan
utk bahagian (i)




  • Lebih senang & jawapan boleh dikesan melalui petikan.
    Kemungkinan soalan juga bertanyakan definisi sesuatu konsep (S6
    – sains)

  • Tiada had perkataan
  • Jawab dalam 1 ayat.
  • Gunakan ayat sendiri.

Jawapan untuk Bahagian ( ii )
1. Soalan berbentuk KBKK
2. Jawab ikut arahan soalan.
3 Berikan 2 isi untuk jawapan bahagian ( ii )
4 Setiap isi perlu ada 2 huraian yang ringkas.

Contoh soalan Exel 1 – JPS
5 (a).
Sikap saling memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan
pelbagai kaum di negara ini wajar menjadi teras perpaduan. Kita perlu
mempastikan hubungan baik ini berkekalan dan semangat tolak ansur
menjadi pegangan kehidupan seharian supaya generasi masa depan dapat
mewarisinya, sekaligus membudayakan cara hidup ini demi kemakmuran serta
keamanan negara…

(Dipetik daripada http://www.bharian.com.my)


(i) Apakah yang anda faham tentang teras
perpaduan?



Jawapan ( i )


Teras
perpaduan bermakna sikap saling memahami
budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini. (jawapan kurang baik kerana tidak
menggunakan ayat sendiri)

Teras perpadauan bermaksud kaum-kaum
berlainan di Malaysia saling memahami cara hidup, budaya
dan agama masing-maisng.

( Jawapan lebih baik )

(ii) Dengan menggunakan
tidak melebihi 50 patah
perkataan, jelaskan langkah-langkah
untuk merealisasikan perpaduan di negara kita.

Jawapan ( ii )
Kerajaan boleh memupuk perpaduan melalui sistem
pendidikan. Penubuhan sekolah wawasan memberi peluang kepada pelajar
berbilang kaum berinteraksi dan memahami budaya antara satu sama lain.
Selain itu, amalan rumah terbuka diadakan semasa musim perayaan seperti
Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Keadaan ini memberi peluang
kepada rakyat berbilangan kaum saling memahami budaya dan
memupuk intergasi. ( 50 pp)





Bahagian D




Arahan
:
Sila kena pasti kata
kunci ( arahan soalan), kemudian tentukan bentuk
graf yang sesuai bagi setiap soalan sebelum merujuk kepada jawapan yang
disertakan.
Jawapan setiap soalan akan diberi komen / kata kunci
tertenu. Selamat mencuba
.





1.
Berdasarkan maklumat yg diberikan dlmm petikan di bawah, sediakan graf
yg sesuai utk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran
syarikat-syarikat yg dipilih dlm Pasaran Saham Kuala Lumpur.( 2000)






2.
Berdasarkan maklumat yg diberikan di bawah, sediakan graf yg menunjukkan
keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa
Saham KL bagi tempoh tahun 1990 dan tahun
1995.(1998)






3
.Dengan berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah ini,
sediakan graf bar yg sesuai utk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut
pekerjaan dan kumpulan etnik pd tahun 1990 dan tahun 1995. ( 1996)



4. Dengan
menggunakan maklumat yg disediakan dlm petikan di
bawah ini,
sediakan sebuah graf bar yg sesuai utk menunjukkan kelahiran hidup
mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi
Semenanjung Malaysia pada tahun 1990. ( 1995)









5 Berdasarkan maklumat yg
diberikan dalam petikan di bawah,
sediakan graf bar yang sesuai utk
menunjukkan peratusan
perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia
bagi tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai
1999.(2004)







6.Berdasarkan
maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah,
sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar
perubahan bilangan kes kebakaran mengikut punca
dari tahun 1996 hingga 2000.(2003)




7. Dengan
menggunakan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah graf
bar yang sesuai utk menunjukkan kuantiti eksport tiga komoditi utama
antara tahun 1989 hingga tahun 1992. Pada gambar rajah yang sama,
tunjukkan juga jumlah pendapatan eksport tiga komoditi utama itu bagi tempoh yang dinyatakan, dengan menggunakan graf
garis. (1994 )





8 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dlm petikan di
bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat
ijazah di institut pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan
juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam
tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut. (1993)






9 Dengan menggunkan maklumat yg diberikan
di dalam petikan bawah, sediakan graf bar yang menunjukkan bilangan kes
jenayah perdagangan yang dilaporkan kpd pihak polis, bilangan orang yg
ditangkap dan bilangan mereka yang didakwa di mahkamah kerana terbabit
dalam pelbagai kesalahan jenayah tersebut di antara tahun 1985 hingga
1989. ( 1991)






10. Berdasarkan
maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan
oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad ( CGC) kepada
Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) mengikut jenis perniagaan dan
jenis skim jaminan kredit yangditawarkan pada tahun 2004. ( 2008)






11 Berdasarkan
maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan carta yg sesuai
utk menunjukkan perbezaan peruntukan perbelanjaan sektor ekonomi kerjaan
Persekutuan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malayisa
ketujuh. ( 2000)








12. Berdasarkan
maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai
yang sesuai untuk menunjukkan import dan eksport Malaysia bagi tahun
1998.








13. Berdasarkan
maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama
terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.( 2008)





Jawapan
Bahagian D








lonelytree

帖子数: 128
学分 248
注册日期: 09-07-29

查阅用户资料

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题