Kolokium tingkatan 6

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

Kolokium tingkatan 6

帖子 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 4:46 pm

Pelajar Tingkatan 6:Antara Cabaran,Peluang dan Harapan


PENGENALAN
Senario masyarakat pada masa kini yang lebih suka anak-anak mereka masuk ke universiti atau kolej berbanding ke Tingkatan Enam sememangnya realiti. Selain itu, segolongan besar dalam kalangan masyarakat kita beranggapan kelas Tingkatan Enam hanya membuang masa dan berisiko. Justeru, secara langsung menjadikan Tingkatan Enam merupakan tempat atau pilihan terakhir untuk pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka. Pelajar-pelajar terutamanya pelajar Melayu didapati terkejar-kejar untuk mengikuti program matrikulasi dan universiti berbanding Tingkatan Enam. Selain itu kebanyakan pelajar cepat “tergoda” dengan label “kolej” dan “universiti” dan gelaran seorang mahasiswa berbanding gelaran pelajar
Namun demikian secara rasionalnya tanggapan dari segelintir besar masyarakat ini adalah salah. Hal ini kerana lulusan Tingkatan Enam merupakan salah satu tiket utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Kenyataan ini disokong melalui pengumuman Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menambah tempat bagi lulusan STPM iaitu 32752 kepada 36500 tempat bagi lepasan STPM sesi akademik. Sebenarnya Tingkatan Enam telah wujud sebelum program matrikulasi,justeru ia mempunyai kekuatannya sendiri sejak dahulu lagi, malah STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi akademik,kokurikulum dan cemerlang dari segi kepimpinan. Tegasnya nama bukanlah perkara penting dalam memberi pendidikan kepada generasi muda tetapi peluang untuk menambah ilmu itu lebih utama.
Secara keseluruhannya Tingkatan Enam sejak dahulu sehingga sekarang masih relevan sebagai tempat pengajian kerana menyediakan banyak ruang dan peluang untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem pendidikan di negara ini. Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi oleh pelajar lepasan SPM yang melangkah masuk ke Tingkatan Enam. Namun di sebalik cabaran itu terdapat peluang yang perlu diraih oleh para pelajar Tingkatan Enam dalam sistem pendidikan.Tingkatan Enam sebenarnya katalisator dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti dijadikan saluran perdana ke IPTA serta mendapat jaminan yang telah ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Giraffe
校长
校长

帖子数: 542
学分 1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 22

查阅用户资料 http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

回复: Kolokium tingkatan 6

帖子 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 10:47 am

DEFINISI KONSEP
Secara khususnya konsep “Tingkatan Enam” dinamakan program prauniversiti STPM yang ditubuhkan dalam sistem Sekolah Menengah Kebangsaan. Pemilihan untuk penawaran bagi Tingkatan Enam adalah berdasarkan kebolehan sesebuah sekolah iaitu hanya sekolah yang berkebolehan sahaja yang dipilih untuk menawarkan Tingkatan Enam. Dari segi tempoh, Tingkatan Enam dijalankan selama setahun setengah yang meliputi 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Status Tingkatan Enam adalah berbeza berbanding pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari aspek pemakaian uniform yang berbeza dengan pelajar lain. Selain itu, perbezaan juga dapat dilihat dari segi pemberian jawatan yang tinggi sama ada dalam bidang organisasi atau aktiviti kokurikulum kepada pelajar tingkatan .
Mata pelajaran yang boleh diambil bagi pelajar Tingkatan Enam adalah maksimun 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi aliran Sains seperti Matematik S, Matematik T, Matematik T Lanjutan, Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi ditawarkan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan tersebut ditawarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya kecuali Pengajian Am dan bagi aliran Sains Kemanusiaan seperti Pengajian Am,Ekonomi,Pegurusan Perniagaan dan yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam Bahasa Melayu atau bahasa masing-masing bagi mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang mata pelajaran dibenarkan. Namun demikian mata pelajaran Pengajian Am adalah wajib untuk pelajar yang memohon universiti tempatan dan kebiasaaanya kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan aliran Sains atau Kemanusiaan.
Seterusnya, definisi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau dalam Bahasa Inggeris Higher School Certificate merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM ini disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English English Test (MUET). STPM juga merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan STPM turut diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanvel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland yang menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.

Giraffe
校长
校长

帖子数: 542
学分 1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 22

查阅用户资料 http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

回复: Kolokium tingkatan 6

帖子 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 10:47 am

CABARAN

BUKU RUJUKAN
Para pelajar tingkatan enam memerlukan pelbagai sumber rujukan bagi mata pelajaran tertentu. Skim pinjaman Buku Teks yang tidak ditawarkan kepada pelajar Tingkatan Enam membebankan pelajar yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana kos bagi buku rujukan adalah tinggi. Selain itu faktor kekurangan buku rujukan di pasaran turut merupakan cabaran besar kepada pelajar tingkatan enam yang perlu kelengkapan bahan rujukan yang menyeluruh.

TERIKAT PADA PERATURAN SEKOLAH
Disebabkan taraf Pra-U untuk Tingkatan Enam belum direalisasikan secara menyeluruh menyebabkan pelajar Tingkatan Enam masih ditempatkan di sekolah. Sehubungan itu pelajar Tingkatan Enam masih terikat dengan setiap peraturan yang ditetapkan sekolah seperti pemakaian baju seragam sekolah. Pada masa yang sama hukuman dan tindakan disiplin tetap dikenakan bagi pelajar Tingkatan Enam adalah setaraf dengan pelajar menengah bawahan, dengan kata lain mereka turut terikat dengan peraturan sekolah seperti murid-murid lain.

KURANG INFRASTRUKTUR
Hal ini dapat dilihat di setiap sesebuah institusi pendididkan yang jelas menempatkan para Pelajar Tingkatan Enam di tempatkan di tempat yang kurang selesa terutama bagi pelajar Tingkatan Enam Rendah. Di sini berlaku ketidak seimbangan dalam memberi kemudahan kepada pelajar yang lebih junior berbanding senior. Mereka perlu diberi pelbagai infrasturuktur yang selesa dan kondusif. Pelajar Tingkatan Enam yang lebih dikenali sebagai pelajar ’PRA-U’ iaitu mereka yang akan menjejaki IPTA perlu diberi kemudahan kelas,gelangang permainan,studio,bilik mesyuarat bagi membezakan mereka dengan murid dari tingkatan lain.

Giraffe
校长
校长

帖子数: 542
学分 1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 22

查阅用户资料 http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

回复: Kolokium tingkatan 6

帖子 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 10:47 am

PELUANG

KUOTA LEPASAN STPM LEBIH CERAH KE UNIVERSITI
Pelajar berprasangka bahawa mereka dari lepasan STPM tidak mempunyai peluang yang cerah kerana disaingi oleh pelajar-pelajar daripada matrikulasi yang sudah semestinya mempunyai keputusan yang memberangsangkan. Hal ini ternyata salah kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kelebihan kepada pelajar lulusan STPM untuk ke IPTA. Hal ini adalah kerana pelajar Tingkatan Enam mempunyai saingan yang sedikit kerana tidak semua sekolah menawarkan Tingkatan Enam . Hanya segelintir sekolah sahaja ada Tingkatan Enam ini. Bilangan pelajar Tingkatan Enam juga kecil kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di matrikulasi, kolej mahupun politeknik kerana beranggapan Tingkatan Enam merupakan pilihan terakhir bagi mereka.

PENGIKTIRAFAN SIJIL STPM
Pelajar lepasan SPM tidak yakin dengan pengajian di Tingkatan Enam dan berasa khuatir jika sijil STPM tidak laku untuk digunakan. Sebenarnya kenyataan ini adalah tidak bernas kerana STPM telah diiktiraf oleh IPTA tempatan. Realitinya banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland menyamakan STPM dengan A-Level. Hal ini sepatutnya telah mengetepikan prejudis terhadap pengiktirafan sijil STPM dan tidak khuatir untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam. Seharusnya pelajar belajar bersungguh-sungguh semasa di Tingkatan Enam dan mengambil peluang ini sebagai jalan terbaik ke IPTA

PENJIMATAN KOS
Kini, ibu bapa lebih suka dan menggalakkan anak mereka ke program matrikulasi, kolej atau mana-mana institusi pengajian berbanding ke Tingkatan Enam selepas SPM, tanpa mereka sedari kos yang diperlukan adalah amat tinggi berbanding ke Tingkatan Enam. Menyertai Tingkatan Enam adalah cara yang paling bertepatan kerana tidak memerlukan kos yang banyak malahan mereka boleh mengitar semula barangan semasa tingkatan 5. Berbanding apabila memasuki institusi lain, ibu bapa terpaksa membelanjakan sejumlah wang bagi menampung kos keperluan kemasukan seperti baju,kasut bahan rujukan serta kos penginapan.Selain itu, mereka terpaksa menyediakan keperluan telefon bimbit malahan perlu menyediakan laptop sebagai satu kemudahan. Keadaan ini jauh berbeza dengan pelajar Tingkatan Enam iaitu telefon bimbit dan laptop bukanlah satu kemudahan yang perlu ada dan dibawa ke sekolah.

Giraffe
校长
校长

帖子数: 542
学分 1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 22

查阅用户资料 http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

回复: Kolokium tingkatan 6

帖子 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 10:47 am

HARAPAN

STPM PATUT DIJADIKAN PASPORT UTAMA KE IPTA
Pelajar Tingkatan Enam berpendapat bahawa STPM amat sukar dan banyak yang terpaksa dibaca menjadi suatu sindrom kepada mereka.Hal ini demikian kerana, mereka terpaksa belajar dalam tempoh hanya satu tahun setengah iaitu setengah tahun bagi Tingkatan Enam Rendah, dan setahun lagi bagi Tingkatan Enam Atas. Mereka beranggapan bahawa kegagalan meraih keputusan cemerlang pada peringkat STPM akan mengecewakan mereka jika hendak melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi Awam. Hanya calon yang mencatat keputusan cemerlang dan gemilang sahaja akan ditawarkan tempat disebabkan oleh kesempitan tempat di IPTA. Selain itu,majoriti IPTA sudah ada menawarkan program matrikulasi dan diploma tersendiri untuk diserapkan ke institusi mereka sekaligus mempersempitkan peluang calon yang kurang cemerlang untuk meneruskan pengajian mereka. Oleh itu,wajar dilaksanakan dengan penuh komited ialah menjadikan STPM sebagai pasport utama secara menyeluruh tidak terbatas kepada calon cemerlang dan gemilang sahaja.

MEMPERUNTUKKAN BIASISWA KHAS BAGI PELAJAR TINGKATAN ENAM
Peningkatan harga barang termasuk bahan rujukan telah menyusahkan para pelajar ini.Bahan rujukan banyak digunakan sepanjang tempoh pengajian untuk mendapat informasi bertepatan dengan format STPM. Oleh itu peruntukan biasiswa melalui Kementerian Pelajaran dapat membuka peluang kepada pelajar Tingkatan Enam untuk membeli buku rujukan serta bahan-bahan ilmiah memandangkan selama ini mereka hanya bergantung kepada pendapatan keluarga. Pemberian biasiswa ini amat bertepatan kerana secara tidak langsung dapat membantu pelajar sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarga pelajar yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah.

Giraffe
校长
校长

帖子数: 542
学分 1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 22

查阅用户资料 http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

回复: Kolokium tingkatan 6

帖子 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 10:47 am

CADANGAN

MEWUJUDKAN KELENGKAPAN INFRASTRUKTUR KHUSUS UNTUK TINGKATAN ENAM
Ketiadaan Infrastruktur khusus untuk pelajar Tingkatan Enam menyebabkan ia dipandang ’enteng’ oleh sesetengah pihak. Mereka beranggapan bahawa ketiadaan kemudahan ini akan menyebabkan proses pembelajaran tidak berjalan dengan lancar. Spekulasi ini seterusnya menyebabkan Tingkatan Enam tidak menjadi pilihan utama bagi lepasan SPM melanjutkan pelajaran.Oleh itu,Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah mewujudkan infrastrktur khusus seperti membina blok khas untuk pelajar Tingkatan Enam.Selain itu,kelas mestilah berlainan dan mempunyai bilangan murid yang minima iaitu lebih kurang 20 pelajar dalam satu-satu kelas bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.Kemudahan dalam setiap kelas seperti komputer berserta rangkaian internet harus diadakan bagi pelajar menyelesaikan tugasan serta mencari informasi berkaitan dengan subjek secara mudah dan cepat.Bilik mesyuarat khas untuk Tingkatan Enam adalah amat penting kerana akan menjadi pusat perbincangan untuk setiap masalah yang dihadapi serta tempat bagi mereka merangka projek.

PAKAIAN
Identiti yang hampir sama dengan pelajar lain memyebabkan pelajar Tingkatan Enam ini tidak menonjol lebih-lebih lagi apabila mereka menyandang jawatan-jawatan dalam kepimpinan yang memerlukan penyeragaman seperti pengawas dan pengawas pusat sumber.Oleh itu,uniform khas diperlukan bagi menonjolkan identiti mereka sebagai pelajar yang bakal ke universiti. Tidak keterlaluan jika kami selaku pelajar Tingkatan Enam meminta agar pemakaian uniform ini diselaraskan di semua sekolah agar mudah dikenali dan menjadi simbolik kepada Tingkatan Enam.

MENGUBAH SISTEM PENILAIAN
Penilaian terhadap kecemerlangan pelajar STPM biasanya dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan akhir mereka(STPM). Tetapi, perkara ini tidak relevan kerana, apakah yang akan terjadi jika seorang pelajar yang selama ini konsisten cemerlang tetapi pada tarikh peperiksaan dia ditimpa musibah sehingga menyebabkan pelajar tidak dapat memberi tumpuan semasa menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu, kami berpendapat bahawa penilaian kecemerlangan ini seharusnya dinilai sepanjang tempoh pengajian dan bukannya hanya pada peperiksaan STPM.Contohnya, penilaian kerja kursus ilmiah juga boleh dijadikan kayu ukur kecemerlangan seseorang itu di samping ujian bertulis pada akhir pengajian.

Giraffe
校长
校长

帖子数: 542
学分 1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 22

查阅用户资料 http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

回复: Kolokium tingkatan 6

帖子 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 10:47 am

RUMUSAN
Tingkatan Enam merupakan salah satu daripada 2 sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Universiti Awam Malaysia walaupun terdapat pelbagai permasalahan yang timbul tetapi jika difikir secara logik, kemasukan ke Tingkatan Enam adalah yang terbaik kerana sijil STPM amat bernilai dan ini terbukti kerana diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara
Pendidikan di peringkat STPM amat meluas kerana ingin menghasilkan bakal mahasiswa yang mampu dan lebih bersedia menghadapi cabaran dan beban tugas di IPTA kelak. Masyarakat diminta mengubah tanggapan dan persepsi terhadap Tingkatan Enam dan masyarakat juga diminta mengubah paradigma yang selama ini menganggap bahawa hanya matrikulasi dan kolej sebagai hala tuju anak-anak mereka selepas SPM, lalu mengetepikan keupayaan Tingkatan Enam dalam memberi pendidikan lanjut selepas SPM sebagai medan hala tuju ke IPTA.
Hakikatnya, walaupun wujud banyak kekurangan terutama dari segi infrastruktur di Tingkatan Enam ia sepatutnya dijadikan pemangkin bagi membakar semangat pelajar-pelajar supaya bersungguh-sungguh dalam pembelajaran bagi mencapai kejayaan terutamanya bagi pelajar lepasan SPM yang gagal meraih mana-mana tempat di matrikulasi atau kolej yang mana akhirnya memilih untuk meneruskan pembelajaran di Tingkatan Enam.
Kini, kita harus berterima kasih kepada Kementerian Pelajaan Malaysia kerana bersedia menjadikan Tingkatan Enam dan STPM sebagai laluan perdana ke IPTA dengan membuka luas kuota kemasukan bagi calon-calon lulusan STPM ke IPTA. Selain itu,sebenarnya sistem pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan Enam yang sedia ada mampu melahirkan calon-calon STPM yang cemerlang asalkan beberapa perubahan dari segi identiti dan pendekatan pelaksanaan dilakukan pada bahagian yang difikirkan perlu. Perkara yang terpenting di sebalik perbincangan ini ialah masyarakat dan pelajar itu sendiri perlu mengubah paradigma mereka dengan tegasan dan jati diri yang tinggi untuk mengharung cabaran, rintangan dan pahit getir ke arah mempersiapkan diri sebagai bakal mahasiswa yang cemerlang di IPTA

Giraffe
校长
校长

帖子数: 542
学分 1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 22

查阅用户资料 http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

回复: Kolokium tingkatan 6

帖子 由 Giraffe 于 周六 十月 10, 2009 10:47 am

RUJUKAN

1. Buletin Kementerian Pendidikan Malaysia (Jun 2000)” Kualiti Pendidikan Jadi Keutamaan Alaf Baru”. Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Guru Malaysia (Februari 2008)”Penjawatan Baru Tingkatan 6 Telah Melahirkan Suasana Tidak Harmoni di Kalangan Guru di Sek

Giraffe
校长
校长

帖子数: 542
学分 1018
来自: johor
注册日期: 09-07-22
年龄: 22

查阅用户资料 http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题