Tatabahasa

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 3:52 pm

1. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis



2. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.



3. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.



4. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan
kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.



Morfem



1. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan.



2. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna
atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu
unit atau satu morfem. Misalnya minum.



3. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num



4. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.



5. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:

Morfem bebas


Morfem terikat/imbuhan

1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa

2. mempunyai makna sendiri


1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber

2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau
nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.

Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut:

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:52 am

Konsep Perkataan



Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna

Kata boleh dibahagikan kepada berikut:

Bentuk-bentuk Kata

Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:



Kata tunggal


i. Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.

ii. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam
kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan
kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.

iii. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan.

iv. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa
perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology)
dan PM untuk Perdana Menteri.

v. Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.

Kata terbitan


i. Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui
proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.



Kata majmuk


i. Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar.

ii. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh
disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata
lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi
tergolong dalam frasa.

iii. Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang berlari itu.

iv. Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1)

Kata ganda


i. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan
mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian
daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula,
suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya.

ii. Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:52 am

Proses Pembentukan Kata



Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata.



Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:53 am

Pengimbuhan



Proses
pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk
menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.

Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.



Imbuhan Kata Nama

Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan Varian Contoh perkataan contoh penggunaan
ke- ke kerabat, ketladak, kekasih Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi
tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang
diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN- pe- pewangi, peragut, pesalah Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.
pem- pemfatwa, pemproses, pemberontak Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.
pen- pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat
Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari
peng- pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau,
pengaudit, penghantar, pengasuh Pengacau itu menggangu pengasuh
kanak-kanak setiap hari.
penge- pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom
Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri
pel- pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon
Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum
mengisi borang.
peR- per pertapa Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru- juru- jurutaip, jururunding, jurubahasa
Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia
meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) dwi-
dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran Majalah itu diterbitkan dalam
dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)
eka- ekabahasa, ekakaum, ekafungsi Pengunaan ekabahasa
belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas') pasca- pascasiswazah
Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan
kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum') pra- prasejarah,
prakemerdekaan Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang
manusia prasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri') swa- swalayan,
swamodal, swakarya Pelanggan mengambil sendiri makanan di
restoran swalayan itu.



Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran contoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk) seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) pragawati, olahragawati
-an pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan



Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan contoh perkataan
ke....an kezaliman, kesenangan
pe...an peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...an penyusunan, pengurangan



Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipan contoh perkataan
-el- telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er- keruping, seruling, serabut
-em- kemuning, kemuncup, kemelut

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:53 am

Imbuhan kata kerja
Menerima tiga jenis imbuhan awalan, akhiran dan apitan.

Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama
dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja
dengan imbuhan kata kerja seperti berikut:

gemerlap -------> bergemerlap

selereak----------> berselerak; menyelerakkan

Contoh imbuhan pada awalan
Akhiran varian contoh perkataan
beR- be- bekerja
bel- belajar
ber- berkawal, berhasrat, berziarah
meN me- melawat, merasa
mem- memberi, memproses
meng- mengelak, menggali, menghabiskan
menge- mengebom, mengetin, mengelupur, mengesahkan
di- di- dipukul, dibaca
mempeR- memper- memperbaharu, memperhamba, memperluas, memperdalam
dipeR- diper- diperbaharui
teR- te- terasa, terasuk, terombak
ter- terminum, terpisah, tercarut



Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya.
akhiran contoh perkataan
-kan buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan
-i jauhi, turuti, masuki



contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya
Imbuhan varian contoh perkataan
beR...an ber...an beranggapan, berdampingan
be...an beratapan, berebutan
beR...kan be-...-kan berumahkan, berantaikan
ber-...-kan bertajukkan, berbantalkan
meN...-kan me-...-kan memasukkan, merundingkan, meyakinkan
mem-...-kan memberikan, mempastikan, memfatwakan
men-...-kan mendirikan, menjadikan, menzahirkan
meng...-kan mengambilkan,menggantikan, mengkanunkan
menge...-kan mengeposkan, mengetinkan, mengesahkan
menN...i me...i meracuni, melindungi, meyakini
mem-...i membeloti, mempelopori
men--...-i menjalani, mensyukuri
meng-...-1 mengairi, mengekori, menghadiri, menggarami
mempeR-...kan memper...-kan memperhambakan, mempersendakan
ke...an ke-...-an kecurian, kemalangan, kesiangan
di....i di-...-i diragui, dikasihi, dirindui
di...kan di-...-kan dipulangkan, dibenarkan
dipeR...kan diper-....-kan diperkenankan, dipersembahkan, diperlihatkan

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:53 am

Imbuhan Kata Adjektif

Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan.

Kata adjektif tidak menerima akhiran

Amati contoh-contoh berikut:
imbuhan varian contoh perkataan contoh penggunaan

Awalan
teR- te- teramai, teruncing, terendah Pesta
jualan itu mencatat kedatangan pelanggan teramai pada tahun ini.
ter- terbaik, tersohor, terindah ``Kaulah yang terbaik bagi diriku,'' katanya.
se- se- seindah, seganas, sebesar, sehebat
Persembahan pentas kumpulan rock itu sehebat artis-arti rock dari
luar negara.

Apitan
ke...an ke-...-an kemelayuan, kebaratan, ketimuran
Walaupun cara beliau berpakaian agak kebaratan, tetapi pemikirannya
padat dengan aspirasi kemelayuan.

Sisipan
-el- -el- gelembung, selerak Minum bergas itu mempunyai gelembung udara
-er- -er- gerigi, serabut sejak beristeri dua, fikirannya amat serabut.
-em- -em- gemilang, semerbak, gemerlap Minyak wangi palsu itu semerbak baunya.
-in- -in- sinambung usaha beliau dalam perniagaan merupakan kesinambungan bakat neneknya.

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:53 am

Pemajmukan



1.
Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih
untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani
pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya.

2. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika
boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira
sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:

i. Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi

ii. Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam

iii. Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:

i. Umum

ii. Istilah

iii. Kiasan/peribahasa

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:53 am

Kata Majmuk Umum

Kata majmuk umum terbahagi kepada:



i. Kata majmuk biasa

Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari



ii. Kata Majmuk Gelaran

Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar


Kata Majmuk Istilah Khusus

i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam
pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada
kata-kata umum atau istilah khusus.

Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja

Kata Majmuk Kiasan

i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya, misalnya:

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin

Pengimbuhan Kata Majmuk



Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 dan 2 di bawah)

Lampiran 1

Kata dasar 1


Kata dasar 2


Kata majmuk

air


mata


air mata

ambil


alih


ambil alih

meja


tulis


meja tulis

ketua


menteri


ketua menteri

tanggung


jawab


tanggungjawab

antara


bangsa


antarabangsa

Lampiran 2

Kata dasar 1


Kata dasar 2


Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan

antara


bangsa


antarabangsa

apa


bila


apabila

apa


kala


apakala

apa


lagi


apalagi

bagai


mana


bagaimana

barang


kali


Barangkali

beri


tahu


Beritahu

bumi


putera


Bumiputera

dari


hal


darihal

dari


pada


Daripada

duka


cita


dukacita

hulu


balang


Hulubalang

jawatan


kuasa


jawatankuasa

kaki


tangan


Kakitangan

ke


pada


kepada

kerja


sama


Kerjasama

mana


kala


Manakala

Mata


hari


Matahari

olah


raga


olahraga

pada


hal


Padahal

Pesuruh


jaya


Pesuruhjaya

setia


usaha


setiausaha

suka


rela


sukarela

suruhan


jaya


Suruhanjaya

tanda


tangan


Tandatangan

tanggung


jawab


Tanggungjawab

warga


negara


warganegara

Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis
sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada
jadual di bawah:
Kata Majmuk Apitan Ejaan
kuat kuasa peN....an penguatkuasaan
kemas kini meN...kan mengemaskinikan
anak tiri meN...kan menganaktirikan
ibu bapa ke...an keibubapaan
kuat kuasa di...kan dikuatkuasakan
campur aduk peR...an percampuradukan

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata
majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung
kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.
Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan
berR- garis pusat bergaris pusat
meN- ambil alih mengambil alih
peN- cari gali pencari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:54 am

Penggandaan



1. Semua
bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata
nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata
dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.



2. Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu



i. Gandaan penuh

ii. Gandaan separa

iii. Gandaan berentak

iv. Gandaan makna



3. Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu



i. penggandaan penuh

ii. penggandaan berentak

iii. pengandaan separa.




Penggandaan penuh



1. Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.
2. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk.
3. Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.



Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut:


Kata nama tunggal

Alat


alat-alat

Budak


budak-budak

Rumah


rumah-rumah

Murid


Murid-murid

Kura


Kura-kura

Makan


Makan-makan

Tadika


Tadka-tadika


Kata nama terbitan

Ketua


ketua-ketua

Pekebun


pekebun-pekebun

Makanan


makanan-makanan

Persatuan


persatuan-persatuan

pejuang


pejuang-pejuang

Kedutaan


Kedutaan-kedutaan



Penggandaan Berentak



1. Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.
2. Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.
3. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
4. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.
5. Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu:

i. penggandaan suku kata awal

ii. penggandaan suku kata akhir

iii. penggandaan konsonan

iv. penggandaan bersisipan

v. penggandaan berakhiran



6. Bagaimanapun, pnggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan.
7. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-)


Rentak pada pengulangan vokal atau diftong

Cerai


cerai-berai

Hina


Hina-dina

Sayu


Sayur-mayur




Rentak pengulangan konsonan

gunung


Gunung-ganang

susap


Susap-sasap

simpang


Simpang-siur




Penggandaan suku kata awal

Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh:

Bukit


bukit-bukau

Warna


warna warni

Batu


batu-batan


Penggandaan suku kata akhir

Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.

Contoh:

Sayur


sayur mayur

Kuih


kuih-muih

Lauk


lauk pauk


Penggandaan konsonan

Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah

Contoh:

Gunung


gunung-ganang

Guruh


guruh-garah


Penggandaan bersisipan

Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.

Contoh:

Tali


tali-temali

Gunung


gunung-ganang

Jari


jari jemari



Penggandaan berakhiran

Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan
penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi
pelbagai.

Contoh:

Sayur


sayur-sayuran

Biji


Biji-bijian

Barang


barang-barangan


Penggandaan separa



1. Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata
dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.
2. Kata tunggal

(a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah
penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal
suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a /



Contoh:

Kata dasar


Penggandaan penuh


Penggandaan separa

laki


Laki-laki


Lelaki

langit


Langit-langit


Lelangit

suatu


Satu-satu


Sesuatu

budak


Budak-budak


Bebudak

siku


Siku-siku


sesiku





3. Kata terbitan

(a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses
pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara.

I. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn
dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau
penggandaan separa depan.

II. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan
dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa
belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.



4. Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang)

Kata dasar


Kata terbitan


Kata ganda

bual


Ber + bual


Berbual-bual

cari


Ter + cari


Tercari-cari

gila


Ter + gila


Tergila-gila

borak


Ber + borak


Berborak=borak

akan


Se + akan


Seakan-akan







5. Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)



Kata dasar


Kata terbitan


Kata ganda

anak


Ber + anak


Anak-beranak

kejar


Men + kejar


Kejar-mengejar







6. kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. (lihat lampiran)


Penggandaan Makna



1. Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh:



Ipar


ipar duai

Ipar


ipar lamai

Saudara


saudara mara






Makna Penggandaan



Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu:



a. menunjukkan banyak



buku


buku-buku

ketua


ketua-ketua

jabatan


jabatan-jabatan

gunung


gunung-ganang

bukit


bukit-bukau







b. membentuk nama haiwan

biri-biri

kupu-kupu

kunang-kunang





c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai

langit


langit-langit (menyerupai langit)

siku


siku-siku (menyerupai siku)

orang


orang-orang (menyerupai orang)







d. Menunjukkan pelbagai jenis

sayur


sayur-mayur

kuih


kuih-muih

saudara


saudara-mara

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:54 am

Golongan kata



Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu:

I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang)

II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya.

Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik.
Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu:

I. Kata nama

II. kata kerja

III. kata adjektif

IV. kata tugas

Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbuka

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

回复: Tatabahasa

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 9:54 am

Sintaksis



*

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
*

Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat

*

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
*

Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
*

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
*

Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang
membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja
(FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
*

Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.


Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat
Ahmad mengulangkaji tatabahasa Frasa Nama Frasa Kerja FN + FN
Cikgu ke sekolah Frasa Nama Frasa Sendi Nama FN + FS
Fatimah amat rajin Frasa Nama Frasa Adjektif FN + FA
Ah Chong seorang usahawan Frasa Nama Frasa Nama FN + FN



Frasa

*

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu
perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau
lebih.
*

Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
*

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
*

Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.





Binaan Ayat

* Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama
yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan
predikat mempunyai unsur-unsur.
* Perhatikan contoh di bawah:


Subjek Subjek
Bah. Ayat Unsur Bah. Ayat Unsur
Ah Tian guru senaman
Tipah membeli gula
Suara ketua pengawas itu serak-serak basah
Munainady menoreh getah



* Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa
subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.



Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

* Perhatikan ayat berikut:

Pelajar itu membaca buku.



* Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
* Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
* Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada
maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan
peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat
berkenaan boleh menjadi seperti berikut:

Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)



Pola Ayat Dasar

* Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
* Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama
(FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
* Lihat contoh berikut:

Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat
Jamilah pengurus sumber manusia Frasa Nama Frasa Nama FN+FN
Atan budak pandai Frasa Nama Frasa Adjektif FN+FA

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题