STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wacana。。。。

向下

Wacana。。。。 Empty Wacana。。。。

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:49 am

1. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.
2. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit
bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta
konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya
menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan
tatabahasa sahaja.
3. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat
merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.
4 Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:

i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'

ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti
pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).
5. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.
6. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

a. pendahuluan

b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur
paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. penutup

d. graf, jadual, peta dan statistik.


7. Ia dapat digambarkan seperti berikut:
Wacana。。。。 Wacana_1
8. Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu
sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi
(pendedahan) atau penghujahan.
9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.
Fungsi Contoh
1. Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
2. Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.
3. Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.
4. Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
5. Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.
7. Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
8. Sebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
9. Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
11. Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 28

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题