STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Laras Bahasa

向下

Laras Bahasa Empty Laras Bahasa

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:48 am

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.

Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.



Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.

Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.

Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza.

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.

Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.


Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana
merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, enidikan, matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.

JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak
digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selariperlawanan bola sepak ,
rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak
digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian
Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?

JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?

Gaya penyampaian
mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 28

返回页首 向下

Laras Bahasa Empty 回复: Laras Bahasa

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:48 am

Jenis dan Ciri Laras Bahasa



Laas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum
seeprti bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan
peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti
ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar
(rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:

kosa kata

tatabahasa

gaya



Laras Bahasa Biasa

Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)

Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum
tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita
sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan
pemujukan (rencana, iklan).

Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.

Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada
pengguguran subjek, predikat, objek.

.

Laras Bahasa Perniagaan

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.



Laras Bahasa Akademik

Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi,
matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.

Bersifat teknikal.

Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu
mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi
(rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di
penghujung setiap bab.

Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya
perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan,
pendebungaan dan sebagainya.



Laras Bahasa Undang-Undang

Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan
sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum,
habeas corpus dan sebagainya.



Laras bahasa media

Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri,
laind aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur
teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan
sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera
sebilanganbesar pemvbaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah,
pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas
danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan
untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa
kegunaan orangr amai.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan,
metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.



Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan,
peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan
sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.



Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 28

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题