STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PELAJAR LELAKI PUPUS?

向下

PELAJAR LELAKI PUPUS? Empty PELAJAR LELAKI PUPUS?

帖子 由 言言 周日 七月 26, 2009 10:44 am

IPTA pupus pelajar lelaki?

Oleh AHMAD KAMIL MOHAMED

KE MANA perginya pelajar lelaki? Pertanyaan ini memang kerap saya
lontarkan dalam semua kelas yang saya masuki pada setiap kali semester
baru bermula. Soalan ini tidak dapat saya elak- kan kerana senario
beginilah yang menangkap perhatian saya sejak beberapa tahun
kebelakangan ini. Umumnya, daripada sejumlah 30 pelajar di dalam
sesebuah kelas misalnya, yang pasti 70 peratus pelajar perempuan dan
selebihnya lelaki, malah ada ketikanya tiada pelajar lelaki
langsung? Dengan nada sinis dan nakal segelintir pelajar perempuan
yang mendominasi bilangan pelajar dalam kelas pantas menjawab bahawa
lelaki lebih bertumpu di pusat serenti. Namun, adakah itu jawapan
sebenarnya. Mungkin ada sedikit kebenarannya justeru lelaki memang
majoriti di sana.

Beberapa orang pelajar lelaki yang be- rat untuk bersetuju dengan
pandangan nakal ini melahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa
dengan sistem pendidikan negara yang didakwanya tidak praktikal. Sistem
persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogokkan dengan
'belajar setakat hendak lulus periksa" se- lain daripada pembelajaran
yang lebih tertumpu kepada membaca dan hafal dilihat tidak relevan dan
tidak memenuhi minat mereka. Kaedah pembelajaran lelaki sebenarnya
lebih menjurus kepada hands on dan tidak setakat membaca dan menghafal
yang seterusnya dimuntahkan dalam kertas jawapan peperiksaan. Selepas
itu, dalam banyak keadaan apa yang dipelajari selama empat tahun di
universiti sebenarnya tidak membantu langsung dalam pemilihan dan
perkembangan kerjaya mereka.

Justeru itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan
memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain
seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP),
politeknik dan sebagainya. Ini disokong oleh fakta bahawa bilangan
pelajar lelaki yang mengikuti pengajian vokasional atau teknikal di
Politeknik dan Kolej Komuniti mewakili 60 peratus. Menyedari keadaan
ini, Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya membina lebih banyak
institusi serupa ini agar dapat memenuhi keperluan pelajar
lelaki. Bagaimanapun, ini tentunya berbeza dengan pelajar perempuan
yang kelihatannya lebih berminat serta tekun untuk membaca dan
menghafal segala fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks.
Walaupun dianggap kes terpencil, namun pelajar yang hebat dalam
akademik tidak dinafikan banyak yang gagal dalam mengaplikasikan apa
yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar. Kaedah pembelajaran
"kakaktua" ini bukanlah sesuai lagi dalam keadaan sekarang.

Apabila isu kekurangan penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) ini ditimbulkan sekali lagi oleh Naib Canselor Universiti
Pendidikan Sul- tan Idris (UPSI), Prof. Dr. Aminah Ayob jurang
perbezaan yang semakin melebar memang sudah dijangka kerana sejak
tempoh lima tahun lalu, dominasi penuntut perempuan di IPTA memang
sudah ketara. Cuma apa yang lebih mengejutkan kini ialah trend
penguasaan pelajar lelaki dalam bidang teknikal termasuk kejuruteraan
di universiti awam kian merosot tetapi didominasi pula oleh pelajar
perempuan. Fenomena fakta bahawa bilangan lelaki yang memang lebih
sedikit berbanding perempuan di negara ini sekarang walaupun boleh
diterima sebagai sebahagian daripada penyumbang kepada fenomena ini,
faktor- faktor lain yang berkait rapat sewajarnya dikenal pasti dan
seterusnya ditangani.

Meletakkan pelajar lelaki dalam kelompok yang bermasalah sosial
tentunya tidak adil justeru bilangan mereka yang terbabit dalam jenayah
dan penagihan dadah begitu kecil jika dibandingkan dengan penduduk
negara ini yang berjumlah 26 juta orang. Masalah keluarga yang kurang
berkemampuan untuk membiayai pengajian universiti selain daripada tekad
pelajar lelaki yang lebih cenderung untuk mencari pekerjaan bagi
menanggung adik beradik yang lain juga turut menyumbang kepada keadaan
ini. Pandangan sebahagian besar ibu bapa bahawa anak perempuan wajar
mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukkan lebih masa dengan keluarga
juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Justeru itu
anak-anak perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat
akademik dan tidak menghairankan jumlah mereka terus meningkat di
universiti.

Malah ada pandangan yang menyatakan sistem meritokerasi yang di amalkan
sejak beberapa tahun lalu menjadi punca kepada jurang yang semakin
melebar ini. Walaupun ada saranan supaya sistem kuota digunapakai bagi
membendung fenomena ini, namun ia bukanlah langkah
terbaik. Membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPTA atas alasan
menyempitkan jurang dengan mengorbankan aspek kualti dan minat hanya
akan meruntuhkan imej universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan
berkualiti. Kecemerlangan pelajar perempuan seharusnya menyuntik
semangat kepada pelajar lelaki untuk bersaing secara sihat, bukan
mempertikaikan pemilihan jumlah pelajar perempuan yang ramai di IPTA.
Persaingan secara sihat untuk mendapat tempat di mana-mana IPT harus
diteruskan kalau kita mahu melahirkan modal insan yang benar-benar
cemerlang.

Namun begitu apa yang digusarkan ialah masalah ini jika dibiarkan
berlarutan bakal melahirkan masalah ketidakseimbangan dari segi
pekerjaan pula. Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada
masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT terus berlaku.
Suka tidak suka dan mahu tidak mahu satu hari nanti wanita yang
berkerjaya tinggi akan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang lebih
rendah taraf kerjayanya hatta termasuk mereka yang tidak
bekerja. Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah menjaga
anak dan rumah tangga manakala wanita keluar bekerja. Fenomena ini
telah pun berlaku sekarang walaupun kelihatannya tidak manis dan
menyalahi adat. Kalau tidak pun bilangan wanita yang berjawatan tinggi
akan semakin ramai kekal bujang kerana tidak menemui lelaki yang
setaraf dengan mereka dan fenomena ini sedang berlaku dengan pesatnya!
言言
言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 28

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题