PERSEPSI RASUAH NEGARA LEBIH BAIK

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

PERSEPSI RASUAH NEGARA LEBIH BAIK

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 10:40 am

PUTRAJAYA:
Hasil kajian tempatan menunjukkan indeks persepsi rasuah di negara ini
pada tahun lalu adalah lebih baik berbanding dengan indeks yang
dikeluarkan oleh Transparency International. Kajian yang dijalankan
Jabatan Perangkaan dengan dana kajian dikeluarkan Unit Perancang
Ekonomi (EPU) menunjukkan indeks persepsi rasuah berada pada tahap 6.79
mata daripada 10 mata terbaik berbanding indeks Transparency
International 5.10. Menurut Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti
Nasional 2007 yang dilancarkan di sini hari ini, tahap persepsi
masyarakat mengenai rasuah dijangka akan bertambah baik tahun ini dan
seterusnya. Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap
Salleh, ketika membentangkan hasil kajian itu di majlis itu berkata,
ini berikutan dasar pembangunan kerajaan dan peningkatan aspek
ketelusan termasuk usaha menjadikan Badan Pencegah Rasuah sebagai badan
bebas yang bertaraf suruhanjaya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan laporan itu, Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagaimanapun berkata
kedua-dua hasil kajian itu tidak wajar dibandingkan kerana ia
membabitkan responden kajian yang berbeza. “Ini adalah kajian yang
pertama kali diadakan. Ini adalah permulaan yang baik dan akan
dijadikan sebagai penanda aras bagi meningkatkan integriti negara,”
katanya. Selain itu, kajian tempatan itu turut meliputi lima indeks
lain iaitu Indeks Persepsi Kualiti Penyampaian Khidmat Awam (6.60
mata), Indeks Persepsi Amalan Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial
(6.90), Indeks Persepsi Kemantapan Institusi Keluarga dan Komuniti
(7.38), Indeks Persepsi Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat
(7.41) dan Indeks Persepsi Budi Bahasa Malaysia (7.07). Secara
keseluruhannya, kajian yang dijalankan Ogos hingga September tahun lalu
itu menunjukkan Indeks Persepsi Integriti Nasional berada pada tahap
6.97 mata. Kajian itu membabitkan 14,967 responden dari seluruh negara
dengan 67 peratus daripada jumlah itu merupakan kumpulan isi rumah,
26.9 peratus lagi adalah penjawat awam dan baki 6.1 peratus terdiri
daripada pegawai kanan syarikat. - Bernama

言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 21

查阅用户资料

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题