STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Di Ruang Gemanya

向下

Di Ruang Gemanya Empty Di Ruang Gemanya

帖子 由 Giraffe 周四 七月 23, 2009 3:52 am

MAKSUD


* Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya tanpa berbelah
bahagiterhadap negaranya dan senantiasa berharap agar negaranya akan
mencapaikegemilangan.
* Penyajak telah berjuang semasa negara dalam
keadaankucar-kacir.Setelah melakukan pengorbanan ikhlas itu, dia
sanggupmenghadapi sebarang rintangan pada masa depan tanpa mengenal
kecewaatau derita.
* Penyajak menganggap dugaan sebagai lumrah kehidupan dan dia
sanggupberkongsi pengalamannya dengan orang lain untuk menghadapi
pelbagaibentuk cabaran hidup.
* Penyajak berikrar untuk sama-sama berusaha menangani pelbagai
cabaranyang melanda negara agar kegemilangan negara sentiasa terserlah.



TEMA


* Semangat patriotik yang menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada tanah air .



PERSOALAN


1. Kesanggupan seseorang dalam perjuangan ke arah kegemilangan tanah air yang tercinta.
2. Kesukaran atau dugaan adalah lumrah kehidupan dan semua orang mesti menghadapinya dengan berani dan cekal.
3. Kesediaan memberikan sumbangan tenaga dan idea untuk menjamin tanah air sentiasa gemilang dalam pelbagai bidang.


BENTUK


1. Terdiri daripada 3 rangkap.
2. 4 hingga 17
3. 3 hingga 5patah kata sebaris
4. 5 hingga 11 suku kata sebaris



GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI


1. Asonansi - Contohnya; hampa dan derita (pengulangan vokal "a")
2. Aliterasi - Contohnya ; bakal kukongsikan hati (pengulangan konsonan "k" )
3. Pengulangan kata - Contohnya; telah kurangkumkan rebah setiaku telah kupahatkan lelah umurku.
4. Sinkof - Contohnya; telah kurangkumkan rebah setiaku.
5. Simbol - Contohnya ; kerikil dan debu bermaksud cabaran, dugaan atau malapetaka



NILAI


1. Keberanian.
Contohnya, berani berjuang dan berusaha untuk memajukan negara
2. Kejujuran / Keikhlasan.
Contohnya, jujur berjuang tanpa mengharapkan ganjaran
3. Cinta akan tanah air / semangat patriotik.
Contohnya , penyajak menumpahkan seluruh rasa setianya kepada tanah air.



PENGAJARAN



1. Kita hendaklah bersedia melakukan pengorbanan demi kemakmuran negara.
2. Kita hendaklah jujur dan ikhlas dalam usaha memajukan negara.
3. Kita mestilah mencintai negara kerana di situlah tempat kita dilahirkan, dibesarkan dan mengecapi kejayaan dalam hidup.
4. Kita hendaklah berani dan cekal menghadapi pelbagai rintangan hidup. 5. Kita mestilah sentiasa bersatu padu dan bekerjasama.
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题