RENCANA : UBAH GAYA HIDUP

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

RENCANA : UBAH GAYA HIDUP

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 10:40 am

Ubah gaya hidup jadi lebih berhemat

Oleh KHAIROL ANUAN MASUAN

SECARA psikologi kita mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi kenaikan
harga barangan keperluan. Dengan perkataan lain, kenaikan harga tidak
dapat dielakkan. Meskipun harga meningkat, tidak bererti peniaga akan
menambah keuntungan terutama kalangan peniaga kecil.

Senario bagi tingkah laku pasaran juga mungkin agak berubah. Boleh
dikatakan perubahan harga bahan api tempoh hari adalah perubahan
daripada struktur harga dan bukannya disebabkan faktor kenaikan
bersenggat - sama ada secara semula jadi akibat daripada permintaan dan
tawaran atau secara dikawal untuk mengurangkan tempias kenaikan harga
mendadak.

Senario tingkah laku pengguna akhir juga akan berubah. Ada kemungkinan
besar pengguna akan membelanjakan pada kadar yang paling sedikit
sementelah kuasa membeli semakin mengecil. Ini akan menjadikan beberapa
barangan yang ditawarkan tidak dibeli oleh pengguna. Mungkin gaya
perbelanjaan juga berubah. Jika dahulu sesuatu barangan yang dianggap
murah sekarang termasuk dalam kategori mewah. Ini yang menuntut kita
supaya lebih berhemah.

Penulis pernah ditegur oleh salah seorang bapa saudara apabila merungut
harga bahan api naik. Beliau berkata: "Engkau mungkin dah lupa arwah
abah kau dulu lebih rasa susah bila harga minyak naik".

Penulis tersentak dengan kebenaran kata-kata bapa saudara itu.
Seolah-olah dulu tidak pernah alami harga naik. Hakikat harga barang
akan naik dan upah pun naik kemudian berulang. Lumrah alam. Penulis
merenung jauh mengingatkan kembali betapa susahnya orang dulu. Sesusah
kita susah lagi orang dahulu.

Penulis juga ada mendengar kalangan jiran yang mengatakan ada
kemungkinan mereka akan bertukar menunggang motor daripada memandu
kereta. Dan yang sedia menunggang motor akan lebih "sayang" dengan
motornya.

Penulis terfikir mungkin dengan ini jumlah motosikal di jalan raya akan
lebih bertambah. Sedia maklum bahaya menunggang motor berkali ganda
berbanding kereta. Cumanya di sini kita berharap agar semua penunggang
lebih berhati-hati.

Meskipun begitu ada baiknya jika jalan raya yang dibina lebih mesra
penunggang motosikal. Bayangkan pula jumlah motosikal yang berada di
jalan-raya waktu pagi dan petang. Bayangkanlah berapa ramai pula orang
tersayang yang ditanggung oleh penunggang terbabit. Pernah penulis
melihat ada kereta jenama import memotong tanpa memikirkan motosikal di
hadapan. Motor tersebut terpaksa beralah.

Berterima kasihlah kepada penunggang motosikal kerana mereka
mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kurang sesak bermakna kurang
penggunaan minyak, dan bermakna jimat wang anda. Berterima kasihlah
kepada penunggang motosikal kerana mereka juga mengurangkan penggunaan
petrol. Malah mereka juga mesra alam. Dengan kata lain mereka orang
paling berjimat cermat sekarang ini.

言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 21

查阅用户资料

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题