Laporan tentang Faktor-faktor Bencana Alam

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

Laporan tentang Faktor-faktor Bencana Alam

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 10:38 am

(hasil daripada Ng Ai Fen ***K Methodist)

Laporan tentang Faktor-faktor Bencana Alam
dan Kesannya kepada Masyarakat dan Negara


1.0 Pendahuluan

Malapetaka alam berlaku tidak dapat dielakkan oleh manusia kerana
kejadian itu berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam boleh
berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Contohnya, bencana alam yang
sering berlaku ialah banjir ribut taufan,gempa bumi,tanah runtuh dan
sebagainya. Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Bencana alam yang
direkodkan di negara ini ialah banjir lumpur ,banjir kilat dan tanah
runtuh.Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa
peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi
Highland Tower pada tahun 1993, Tragedi Ribut Greg di Sabah pada tahun
1996, kejadian tanah runtuh di Gombak pada tahun 2004 dan banyak
lagi.Namun,tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004,
taufan Nargis di Myanmar pada 2 Mei 2008 dan gempa bumi di Sichuan pada
12 Mei 2008 merupakan kejadian-kejadian yang berlaku dan tidak dapat
kita semua lupakan. Sebagai setiausaha Jawatankuasa Mengkaji Bencana
alam, saya diberi tugas menyediakan suatu laporan tentang faktor-faktor
bencana alam dan kesannya kepada masyarakat dan negara.

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa

Pengerusi: David Chong Yin Sing
Naib Pengerusi: Su Soon Qing
Setiausaha:Wong Souk Ping
Ahli Jawatankuasa:Kong Siew wei, Ling Pei Ling, Chong Ken yong

3.0 Faktor-Faktor

3.1 Perubahan cuaca

Perubahan cuaca yang dialami oleh kebanyakan negara di dunia ini
merupakan salah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh. Misalnya,
peningkatan suhu panas, peningkatan suhu sejuk, banjir kilat, ribut
taufan dan sebagainya.Pengeluaran gas rumah hijau merupakan punca utama
kepada terjadinya perubahan cuaca. Gas yang dihasilkan seperti karbon
monoksida daripada aktiviti manusia telah memudaratkan lapisan ozon
yang semakin menipis yang menyebabkan suhu panas meningkat dari setahun
ke setahun. Banjir kilat yang melanda negara-negara bertanah rendah
merupakan impak akibat daripada isu perubahan cuaca. Suhu panas yang
semakin meningkat termasuk meningkatnya suhu di bahagian kutub utara
yang menyebabkan pencairan ais. Pencairan ais ini telah menyebabkan
paras air laut yang naik yang menyebabkan terjadinya banjir kilat yang
telah banyak meragut nyawa dan tempat tinggal.








3.2 Kegiatan ekonomi manusia

Fenomena penipisan ozon yang berlaku akibat tindakan manusia seperti
aktiviti perindustrian yang membebaskan gas kloroflorokarbon (CFCs) dan
halon dan membentuk klorin monosida yang akan menyebabkan lapisan ozon
terhakis dan menipis. Penipisan lapisan ozon juga akan menyebabkan suhu
meningkat.Industri yang menyebabkan fenomena penipisan ozon ialah
industri pendingin udara dan industri pencuci atau pelarut. Industri
pendingin udara yang menggunakan CFCs melibatkan pendinginan
kenderaan,bangunan,perumahan dan juga penggunaan peti sejuk dan alat
pendingin beku. Industri pencuci menggunakan CFCs dalam bentuk cecair
sebagai bahan pencuci minyak dalam peralatan elektronik dan CFCs dalam
bentuk gas pula digunakan sebagai pencuci peralatan perubatan.Aktiviti
penyahutanan dan pembalakan secara tidak terancang akan menyebabkan
menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara di sampiang kehilangan
kawasan tadahan air dan senang berlakunya banjir . Selain itu, aktiviti
pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah dan pembakaran hutan
juga menyumbang peningkatan karbon dioksida.Sedikit masa lalu, negara
perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan negara
sedang membangun kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara
besar-besaran. Pembukaan bandar baru seperti Bandar Muadzam Shah dan
bandar-bandar baru yang lain menyaksikan pembersihan hutan dan
pemotongan bukit. Perancangan ini memberi kesan kepada hakisan tanah
bertambah kerana air larian di permukaan bumi tidak dapat di halang dan
sejumlah besar tanah yang berstuktur lemah dibawah bersama masuk ke
dalam sungai. Penambahan kelodak akan mencetekkan dasar sungai dan
aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadian banjir kilat terutama
di kawasan rendah. Contonhnya, pertambahan beban sungai Gombak telah
dikesan sejak tahun 1968 lagi disebabkan pembinaan Leburaya Kuala
Lumpur di Karak. Projek pembinaan jalan raya yang melibatkan pemotongan
bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh.

3.3 Pembangunan tidak terancang dengan sempurna

Projek pembinaan empangan yang tidak dirancang dengan sempurna,
pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa dan membancuh simen dalam
cuaca hujan akan mengakibatkan benteng atau dinding empangan yang
dibina itu tidak kukuh. Empangan yang dibina senang pecah dan
mengakibatkan berlakunya banjir. Selain itu, sistem perparitan yang
tidak dibina dengan sempurna juga akan menyebabkan banjir. Perancangan
dan pemilihan kawasan pembinaan perumahan juga tidak harus berdekatan
dengan kilang. Rumah yang dibina di bukit atau kawasan tinggi juga
menyebabkan tanah runtuh. Highland Tower runtuh berlaku pada tahun
1993. Jurutera Perunding Geoteknikal telah mengenal pasti bahawa faktor
utama kejadian Highland Tower runtuh disebabkan sistem perparitan di
lereng bukit yang tidak dikendalikan dengan sistematik.

4.0 Kesan-kesan

4.1 Kemusnahan harta benda dan nyawa

Banjir yang besar akan menggelamkan rumah kediaman dan merosakkan
barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan
sebagainya. Kejadian ini membawa kerugian kepada semua penduduk.
Kemarau yang berlaku berpunca apabila sesuatu kawasan mengalami
kekurangan air untuk masa yang panjang juga banyak menyebabkan tumbuhan
dan haiwan mati kerana kekurangan air. Selain itu, kebuluran dan
kematian organisma juga turut berlaku Kejadian taufan juga akan
menyebabkan kemusnahan harta benda manakala gempa bumi boleh membawa
kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa. Contohnya, kejadian
taufan Nargis di Myanmar telah meragut 84,537 nyawa dan 53,836 orang
masih tidak dijumpai. Menurut pengumuman daripada Organisasi Pandan dan
Pertanian (FAO), tragedi gempa bumi di Sichuan juga telah meragut
70,000 nyawa dan beratus orang masih belum dijumpai.Gempa bumi tersebut
juga menyebabkan kerugian sebanyak 6 bilion di kawasan pertanian. Oleh
itu, bencana alam yang berlaku akan memusnahkan persekitaran, hidupan
dan harta benda dengan cepat hingga menyebabkan keseimbangan alam
terjejas.Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan membaiki kerosakan
dan membiayai kelengkapan perubatan. Kerajaan juga perlu menyediakan
pelbagai keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan di
samping menyediakan petempatan sementara mangsa bencana alam.

4.2 Masalah psikologi dan emosi mangsa

Mangsa bencana alam menghadapi masalah trauma. Contohnya,
mangsa tsunami di Acheh, Indonesia berjaya menyelamatkan diri ke
kawasan tinggi telah mengalami trauma yang teruk sehingga takut turun
ke kawasan rendah untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang bencana alam
akan berulang. Keadaan yang teruk menyebabkan mangsa bencana alam takut
akan kejadian yang telah berlaku. Tragedi gempa bumi di Sichuan, mangsa
menghadapi kesedihan dan kesusahan kerana kehilangan ibu bapa atau anak
yang disayangi. Mereka fobia akan suasana bencana alam sehingga mereka
sanggup membunuh diri di tempat perkemahan sementara waktu.

4.3 Ekonomi Negara terjejas

Kejadian bencana alam yang berlaku menyebabkan sesebuah negara
mengalami kesusahan dalam pertumbuhan ekonomi. Contohnya, Negara China
20% pengeluaran padi dijalankan di Sichuan.Tragedi gempa bumi yang
berlaku di Sichuan telah menyebabkan 20% pengeluaran padi tersebut
terhancur di samping mengalami kerugian yang banyak.Sesebuah negara
yang menghadapi bencana alam seperti banjir,taufan,gempa bumi dan
sebagainya.Negara akan terpaksa menghadapi banyak masalah.Contohnya,
banyak pelabur asing tidak yakin melabur,hasil pertanian
terhancur,bursa saham tutup,syarikat korporat tutup dan
lain-lain.Kesannya,kadar pengangguran semakin meningkat kerana tiada
peluang pekerjaan.Oleh itu,bencana alam yang berlaku di sesebuah negara
akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

4.4 Masalah kesihatan

Banjir merupakan bencana alam yang sering berlaku di kebanyakan
negara.Kesan yang paling teruk dibawa oleh banjir adalah menjejaskan
kesihatan manusia.Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis
keluar bersama-sama lumpahan air.Najis ini juga akan bertaburan di
merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit
seperti taun dan malaria. Perkembangan Industri dan teknologi meningkat
sejajar dengan pertambahan penduduk dan menimbulkan pencemaran di
dalam udara. Aktiviti-aktiviti manusia termasuklah pembakaran
terbuka,asap kenderaan bermotor, kegiatan pertanian dan perindustrian
telah menyebabkan gas-gas yang bahaya kepada kesihatan manusia hadir di
dalam udara.Contohnya gas karbon monosida boleh menyebabkan kematian
kepada manusia,sulfur dioksida dan nitrogen dioksda boleh menyebabkan
kesan di bahagian saluran pernafasan serta kesan kerosakan kepada
paru-paru dan sesak nafas dan sebagainya.


5.0 Kesimpulan

Bencana alam merupakan petanda semula jadi ekoran dariapda perubahan
ekoloji atau ekosistem alam.Pelbagai factor telah mencetus perubahan
ekoloji secara mendadak sehingga meranap bangunan pencakar langit dan
meragut nyawa tidak berdosa.Walaupun kejadian ini berlaku secara semula
jadi tetapi langkah-langkah bersedia menghadapi bencana alam perlu
disuntik kesedaran berjaga-jaga semasa menghadapi bencana alam.Amalan
sediakan payung sebelum hujan perlu diamalkan untuk mengelakkan nyawa
manusia terkorban.Semua pihak perlu bersedia memberi bantuan kecemasan
kepada pihak yang memerlukan.Usaha murni ini berupaya meringankan
kesengsaran mangsa.



Laporan disediakan oleh,
WSP
____________________
( WONG SOUK PING )
Jawatankuasa Setiausaha
Mengkaji Bencana Alam.

言言

帖子数: 89
学分 168
来自: malaysia
注册日期: 09-07-25
年龄: 19

查阅用户资料

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题