RENCANA : BEKERJA UNTUK MASA DEPAN

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

RENCANA : BEKERJA UNTUK MASA DEPAN

帖子 由 言言 于 周日 七月 26, 2009 10:36 am

Bekerja untuk masa depan

Oleh NASSRUL HAKIM MD JANI

"HIDUP mesti diteruskan, betapa berat pun rintangan dan kesusahan, kami
percaya kami boleh bangkit semula dan kami akan membangunkan semula
negeri ini, kerana Tuhan tidak suka mereka yang berputus asa."
Kata-kata ini dipetik dari sebuah rancangan majalah di kaca televisyen
yang memaparkan kehidupan selepas bencana gempa bumi yang melanda
Sumatera suatu ketika dulu. Tidak lama sebelum itu mereka ditimpa
bencana tsunami dahsyat pada 26 Disember 2004 yang menelan korban
seramai 126 ribu orang. Dan berbagai-bagai lagi siri gempa bumi yang
menghimpit rakyat Indonesia seperti gempa bumi di Yogjakarta pada Julai
2005 dan Bengkulu pada September 2007. Apa yang menarik untuk
direnungkan daripada bencana dan kemusnahan yang melanda Indonesia
ialah tentang ketabahan rakyatnya untuk menghadapi bencana tanpa
mengalah kepada nasib semata-mata. Begitu juga dengan situasi yang
sedang kita hadapi sekarang. Kenaikan harga minyak telah melarat
menjadi inflasi yang telah memamah pendapatan kita.

Kuasa beli kita menjadi kecil apabila harga barang semakin meningkat
secara mendadak sedangkan pendapatan kita tidak bertambah. Dan penulis
kira ia juga boleh dikategorikan sebagai bencana kerana kita merasai
kesusahan, keperitan dan kesan yang besar dalam kehidupan
seharian. Pada masa ini kerajaan sedang bertungkus-lumus berusaha
untuk mengurangkan beban rakyat dan ada juga kumpulan yang mendakwa
boleh menurunkan harga minyak sekiranya berkuasa. Penulis tidak
berminat untuk mengulas dari sudut politik. Biarkan pihak yang berkuasa
menjalankan tanggungjawab mereka. Tetapi apa pula peranan kita secara
individu untuk berhadapan dengan bencana ini? Apakah kita harus
menjerit dan menangis menghadapi kegawatan ini? Adakah kita masih
mengharapkan harga minyak ini turun dengan mendadak pada masa akan
datang? Dan jika turun pun, adakah harga barangan yang naik ini akan
turun juga? Kita harus menerima hakikat bahawa apa yang berlaku
sekarang adalah realiti yang harus kita hadapi. Harga barangan kini
semakin mahal dan kuasa beli kita semakin berkurangan. Katakan dahulu
kita boleh menabung sedikit daripada pendapatan bulanan kita, kini
mungkin semua pendapatan habis digunakan. Dan kalau dahulu pada mereka
yang langsung tidak dapat menabung, kini sudah pasti mereka terpaksa
pula mengurangkan barang-barang yang boleh dibeli.

Kita pernah melalui zaman-zaman susah sekitar krisis ekonomi 1997/98.
Pada masa itu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merosot
daripada sekitar 7 peratus pada tahun 1997 kepada sekitar negatif 7
peratus pada tahun 1998. Dan pasaran saham Malaysia kehilangan lebih
tiga suku dari nilai modalnya, atau lebih RM567.34 bilion wang rakyat
negara ini hilang begitu sahaja akibat daripada kejatuhan harga saham
dari Julai hingga September 1998. Bagaimana caranya kita perlu
mempersiapkan mental kita untuk berhadapan dengan krisis ini? Kita
biasa mendengar seseorang yang menghidap penyakit yang boleh membawa
maut seperti kanser boleh memanjangkan hayat sekiranya mereka berusaha
melawan penyakit dan tidak hanya melayan kesakitan. Melawan penyakit
ini adalah peranan mental atau otak dan perasaan. Dan ia mempunyai
kesan psikologi yang besar. Di sinilah peranan psikologi dalam
menghadapi bencana ekonomi ini. Merungut, meratap dan menangis tidak
akan merubah apa-apa. Yang penting kita mesti sama-sama berfikiran
positif mengharunginya dan terus bekerja keras memperbaiki taraf hidup.

Kalau kita terus melayan kebimbangan dan kesedihan ini, kita mungkin
tidak boleh bekerja dan termenung yang akhirnya memburukkan lagi
keadaan. Atau mungkin ada yang bunuh diri atau menjadi gila. Setiap
kita harus berusaha untuk menambah pendapatan sampingan bagi menampung
perbelanjaan yang semakin meningkat kerana inflasi. Kerajaan sendiri
telah pun memberikan keizinan kepada kakitangan kerajaan daripada
kumpulan sokongan untuk menjalankan perniagaan sampingan secara
kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. Penulis berpendapat kebenaran
ini harus juga dipanjangkan kepada golongan pengurusan dan profesional
seperti kumpulan guru untuk menjadi guru tuisyen kerana golongan ini
juga turut menerima kesan dengan masalah ekonomi terutama mereka yang
mempunyai keluarga yang besar. Satu perkara yang kita jangan lupa
ialah untuk sentiasa berdoa kepada Tuhan agar bencana yang kita sedang
hadapi ini akan berakhir juga satu masa nanti. Dalam dunia ini tidak
ada yang berkekalan. Percayalah bahawa kesengsaraan adalah sementara
dan kebahagiaan juga sementara. Satu hari nanti semuanya akan pulih
seperti sedia kala sekiranya kita berusaha dan tabah mengharunginya.

Kita telah membuktikan bahawa kita telah berjaya keluar daripada krisis
ekonomi lepas dengan cara kita sendiri dan kemudian kita kembali
makmur. Anggaplah kemewahan kita yang lepas sebagai sesuatu yang telah
berlalu dan tiada lagi. Tapi kita masih ada ruang untuk memperbaiki
masa depan. Hidup mesti diteruskan. Kita harus mengharapkan yang
terbaik tetapi bersedia untuk yang terburuk. Kita perlu terus bekerja
keras membina sesuatu untuk generasi akan datang dan mengharungi krisis
ini dengan tabah dan berani. Seperti yang dinyatakan dalam sebuah
iklan Petronas; "Adakah apa yang kita ada sekarang mampu membawa kita
ke masa depan?" Suatu perkara yang harus kita renungkan.

言言

帖子数 : 89
学分 168
来自 : malaysia
注册日期 : 09-07-25
年龄 : 21

查阅用户资料

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题