STPM :: SPM 考生论坛
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Teknik Menjawab Soalan

向下

Teknik Menjawab Soalan Empty Teknik Menjawab Soalan

帖子 由 Giraffe 周六 七月 25, 2009 1:00 pm

BAHAGIAN D
*Jawab satu soalan drpd 2.
*sediakan media yg sesuai
*Bentuk-bentuk grafik :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta Pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN
1) JELAS
*mudah tentukan media
*pelajar tidak perlu memikirkan jenis media
*memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat

Contoh soalan :
a. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah,
sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima
faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun
2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen

b. Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan
untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997
dan 2002.
Media : carta pai perbandingan

c. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan satu graf garis yang
sesuai untuk menunjukkan nilai eksport setiap barangan pembuatan dari
tahun 1999 hingga 2003.
Media : graf garis kompaun

2)KABUR
*sukar untuk menentukan jenis media
*pelajar perlu meneliti data dalam petikan
*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)

Contoh soalan:
a. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,
sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga
wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang
dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun

b. Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang
mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun

c. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,
sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran,
eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun
2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

Teknik Menjawab Soalan Empty 回复: Teknik Menjawab Soalan

帖子 由 Giraffe 周六 七月 25, 2009 1:00 pm

MAKLUMAT DALAM SOALAN



1. MEDIA (JELAS / KABUR)
2. ISU (CTH : KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI)
3. TEMPAT (MALAYSIA, PERAK)
4. TEMPOH (TAHUN)
5. TUJUAN

TAJUK MEDIA
*Tedapat 3 perkara penting dalam tajuk :
1. Tempat (Malaysia, Perak)
2. Perkara (guna tenaga dalam sektor)
3. Tempoh (tahun, penggal)
*sekiranya 1 daripada 3 perkara ini salah markah akan dipotong.

Contoh soalan:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,
sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran,
eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun
2001 hingga tahun 2006.
Tempat : Malaysia
Perkara : kuantiti pengeluaran, eksport dan import serta harga petroleum mentah.
Tempoh : tahun 2001 hingga 2006

gabungkan untuk dapatkan tajuk!
Tajuk :
Malaysia : Kuantiti Pengeluaran, Eksport dan Import serta Harga Petroleum Mentah dari Tahun 2001 hingga 2006.
*tajuk ditulis dalam bentuk Title Case! maksudnya hanya huruf pertama huruf besar kecuali untuk kata sendi.
*ditulis di atas dan tengah kertas graf.


NILAI ATAU ANGKA DALAM MEDIA
CARTA PAI
*mesti dalam nilai %
*boleh ditulis di dalam atau di luar sektor
*tulis angka dengan jelas
*simbol angka mesti ditulis dengan jelas selepas angka
*elakkan menulis angka mutlak di dalam sektor

MAKLUMAT PENTING DALAM CARTA PAI
*TAJUK
*TEMPOH
*PERATUS DALAM SETIAP SEKTOR
*JUMLAH BESAR
*NISBAH JEJARI
*PETUNJUK
*SUMBER

MAKLUMAT PENTING DALAM GRAF
*TAJUK
*LABEL PERKARA / UNIT PAKSI
*TITIK ORIGIN "SUDUT PAKSI '0' "
*SKALA
*PETUNJUK
*SUMBER
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

Teknik Menjawab Soalan Empty 回复: Teknik Menjawab Soalan

帖子 由 Giraffe 周六 七月 25, 2009 1:00 pm

PANDUAN MENENTUKAN MEDIA



1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang

Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang
mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara
terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza

Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,
sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran,
eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun
2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

Teknik Menjawab Soalan Empty 回复: Teknik Menjawab Soalan

帖子 由 Giraffe 周六 七月 25, 2009 1:00 pm

TEKNIK MENJAWAB SOALAN



1. Mengenal pasti kehendak soalan
Para calon harus membaca tajuk dengan teliti. Ini kerana tajuk berkenaan akan
menerangkan tujuan petikan dan jenis media yang dikehendaki soalan.
Berdasarkan petikan diberikan graf yang sesuai adalah graf garisan
komponen. Ini adalah kerana terdapatnya perkataan jumlah dan amaun.

2. Pemahaman Soalan
Keseluruhan petikan dibaca bagi mendapatkan gambaran keseluruhan dan kenal pasti
tujuan petikan tersebut. Para calon hendaklah kenal pasti pemboleh ubah pemboleh
ubah yang terlibat dengan menandakan atau menggaris tiap-tiap pemboleh ubah tersebut.

3. Membuat penganalisaan
Setelah butiran dikenal pasti dikaitkan dengan pemboleh ubah yang
diberi, kiraan perlu dibuat bagi mendapatkan nilai peratusan ,bezaan
nilai mutlak atau peratusan dan jumlah yang diberikan di dalam petikan.

- sekiranya petikan menyatakan " bertambah sebanyak" (diberikan dalam
nilai mutlak atau peratusan) ini bermakna bezaan data bagi dua tahun
yang dibandingkan, iaitu dari tahun sebelum dengan tahun berikutnya.

- Jika dua sektor dibuat perbandingan, para calon boleh mendapatkan
nilai mutlak pada tahun berikutnya dengan menambahkan bezaan tadi
dengan nilai yang diberikan sebelumnya.

- Jika kenyataan " berkurang sebanyak" maka nilai bezaan ditolak daripada nilai yang diberi pada tahun sebelumnya.

- Seandainya kenyataan " bertambah, berkurang kepada atau menjadi" pada
sesuatu tahun, maka nilai tersebut diambil untuk tahun berkenaan.

- Jika data tidak diketahui pada sesuatu pemboleh ubah tetapi
berdasarkan kepada jumlah yang diberi, calon-calon boleh menolakkan
jumlah bagi semua nilai pembolehubah yang diketahui daripada jumlah
keseluruhannya bagi sesuatu pemboleh ubah yang berkenaan.

4.Penentuan Media.
Calon-calon tidak boleh membuat media yang berlainan daripada yang
dikehendaki oleh soalan. Calon-calon boleh menentukan media yang
difikirkan paling sesuai dengan data atau maklumat yang terkandung di
dalam petikan.

5. Membina media.
Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris
dan lajur yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta
unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen
• Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
• Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama.
• Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan
garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen
garis disebelah kanan.
• Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
• Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.
• Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza.
Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk
menampakkan kejelasan media yang dibina.
• Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.
Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :
1. Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang
betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian
kanan dan bawah media..
Giraffe
Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 32

http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题