Pantun Lapan Kerat

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

Pantun Lapan Kerat

帖子 由 Giraffe 于 周四 七月 23, 2009 3:50 am

MAKSUD


1. Rangkap 1 -
seseorang yang mengharap kasih orang walaupun kecewa tetapi tetap bersyukur atas ketetapan Allah
2. Rangkap 2 -
segala rancangan yang sudah diatur dengan teliti sebagaimana
yangdirancang maka hasilnya perlulah dinikmati bersama-sama /
menghormatitetamu
3. Rangkap 3 -
menasihati sesiapa yang pergi merantau agar pandai membawa diri
denganmemelihara pertuturan dan kelakuan kerana tidak ada saudara mara
yangboleh diminta pertolongan



ISI DAN PERSOALAN


1. Bersyukur atas ketentuan Allah walaupun sekadar mengharap belas kasihan orang.
2. Bersatu hati dalam melakukan sesuatu agar semua yang dirancang
elokdan sama-sama menikmati hasilnya/ tatatertib ketika menghadap
hidangan
3. Perihal kebijaksanaan seseorang yang pandai menyesuaikan diri di rantau orang



GAYA BAHASA


1. Anafora (pengulangan di awal baris).
Contohnya;Tiada saudara tempat mengadu Tiada saudara tempat berunding
2. Personifikasi .
Contohnya; penganan mulia
3. Asonansi.
Contohnya ;Tampak dari tanah seberang (pengulangan vokal "a")
4. Aliterasi .
Contohnya; Berkejar-kejaran anak rusa (pengulangan konsonan "r")



NILAI


1. Kesyukuran .
Contohnya; bersyukur atas ketentuan Allah kerana mungkin ada kebaikan di sebalik sesuatu kejadian.
2. Simpati.
Contohnya; bersimpati terhadap orang-orang yang bernasib malang
3. Semangat bermasyarakat .
Contohnya ; berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
4. Kerjasama.
Contohnya ; tolong -menolong dan berusaha bersama-sama dalam menjalankan tugas.



PENGAJARAN


1. Kita hendaklah bersyukur atas ketentuan Allah tanpa menyalahkan takdir
2. Kita hendaklah menyesuaikan diri dengan bergaul dengan masyarakat apabila berada di rantau orang.
3. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu agar kejayaan dapat dinikmati bersama-sama.

Giraffe
校长
校长

帖子数 : 542
学分 1018
来自 : johor
注册日期 : 09-07-22
年龄 : 24

查阅用户资料 http://thestudents.forumotion.com

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


 
您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题