【PA】Soalan-Soalan Esei Tahun Lepas Pengajian Am 1990- 2009

浏览上一个主题 浏览下一个主题 向下

【PA】Soalan-Soalan Esei Tahun Lepas Pengajian Am 1990- 2009

帖子 由 lonelytree 于 周日 五月 30, 2010 2:03 pm

STPM 1990





1.
“Pada tahun 1989, sejumlah $352 juta daripada perbelanjaan sektor
ekonomi kerajaan Malaysia tertumpu kepada pembiayaan pertanian dan
infrastruktur luar Bandar. Nilai ini merupakan 26 peratus daripada
jumlah peruntukan bagi pertanian dan pembangunan luar Bandar. Ini
memcerminkan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan kedua-dua bidang
tersebut.”

Bincangkan kaitan di antara
pembangunan infrastruktur dengan kemajuan di luar bandar.

2. “Dalam masyarakat moden hari ini,sukan bukan
sahaja merupakan perpaduan masyarakat, sukan juga merupakan potensi
sebagai satu industri yang banyak menawarkan pelbagai peluang, khususnya
kepada peniaga, usahawan dan para profesioanl.
Sejauh manakah sukan dapat
dimajukan sebagai satu industri yang boleh memberi sumbangan yang besar
di bidang sosioekonomi di Malaysia.

3.
Laporan Kesihatan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu menganggarkan bahawa dalam tahun-tahun 70-an sahaja,
- 80 peratus daripada semua jenis
penyakit yang dilaporkan berpunca daripada air.
- Hampir 6 juta kanak-kanak di
negara Dunia Ketiga meninggal dunia akibat daripada penyakit cirit-birit
yang disebabkan air
- 30juta orang di seluruh dunia
menghidap penyakit buta yang disebabkan oleh cacing halus yang terdapat
pada sejenis lalat yang membiak dalam air.
Cadangkan langkah-langkah yang
berkesan untuk mengawal wabak penyakit yang disebabkan oleh air.

4. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom
oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939 , harapan mengatasi
krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah.
Sejauh manakah anda bersetuju
dengan pendapat ini?


STPM 1991

1. Apabila dasar penswastaan agensi-agensi
kerajaan diperkenalkan, ramai yang berasa curiga kerana mereka
menganggap dasar penswastaan hanya akan menguntungkan pihak swasta tanpa
mengira kepentingan awam. Walaupun pihak kerajaan cuba menyakinkan
orang ramai tentang dasar penswastaannya, namun masih ada pihak yang
tidak bersetuju dengan dasar tersebut. Bagaimanapun kerajaan mempunyai
sebab-sebab yang kukuh untuk meneruskan dasar penswastaannya.
Huraikan sebab-sebab dasar
penswastaan dilaksanakan oleh kerajaan dan bincangkan masalah-masalah
yang dihadapi dalam melaksanakan dasar ini.

2. Rasuah adalah suatu amalan yang amat mudah
merebak dalam sistem hidup manusia hingga boleh meruntuhkan struktur
masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang
membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit
berkenaan.


Bincangkan sebab-sebab berlakunya
amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat.





3. Kesedaran tentang kepentingan hutan mula dirasai oleh
masyarakat umum sejak berlakunya pelbagai tragedi alam sekitar seperti
hakisan lapisan ozon, kenaikkan suhu sedunia, banjir besar di seluruh
dunia sepanjang dekad 1970-an dan 1980-an. Tragedi-tragedi tersebut
merupakan kesan langsung daripada kegiatan pemusnahan hutan.
Sejauh manakah pemusnahan hutan
merupakan faktor utama yang merosakkan keseimbangan ekosistem sedunia.

4. Dengan berdasarkan maklumat di bawah, sejauh
manakah amalan merokok merupakan punca utama yang mengancam kesihatan
penduduk Malaysia?

- Seramai 3.1 juta penduduk
Semenanjung Malaysia, termasuk 350,000 orang wanita adalah perokok.

- Penduduk Semenanjung Malaysia
menghisap sebanyak 46.5 juta batang rokok sehari.

-Rokok yang dijual di Semenanjung
Malaysia mempunyai kandungan tar dan nikotin sebanyak dua kali ganda
melebihi kandungan tar dan nikotin dalam rokok yang dijual di Amerika
Syarikat

.- Ibu yang merokok mungkin mengalami
risiko melahirkan bayi yang kekurangan berat badan dan tidak sihat.

- Hampir 7,500 orang mati setiap
tahun akibat barah; 90 peratus daripadanya perokok.


(Sumber:




dewan Masyarakat, Julai 1990
)




STPM 1992





1. Sebagai media komunikasi massa, akhbar
sangat penting kepada masyarakat dan dianggap sebagai kuasa keempat
(fourth estate). Akhbar mempunyai pengaruh dan dipercayai oleh golongan
masyarakat pembaca. Kadang-kadang pembaca mempercayai sesebuah berita
itu tidak kira sama ada berita itu benar ataupun
sebaliknya. Begitulah kuatnya pengaruh akhbar dalam kehidupan
masyarakat.
Bincangkan
peranan akhbar dalam kehidupan masyarakat.

2. Walaupun kerajaan mempunyai sebab-sebab yang
munasabah apabila menyarankan matlamat penduduk tujuh puluh juta
menjelang 2100, terutamanya dalam kewujudan penduduk yang rajin,
berdisiplin, dan produktif yang merupakan asas penting bagi perkembangan
perindustrian dan pewujudan pasaran keluaran tempatan, pertambahan
penduduk sebanyak empat atau lima kali ganda semestinya menimbulkan
beberapa implikasi sosioekonomi.
Bincangkan kebaikan dan keburukan
matlamat penduduk tujuh puluh juta menjelang tahun2100 di negara ini.

3. Kes-kes
keracunan makanan di Malaysia dalam beberapa tahun kebelangan ini bukan
lagi merupakan satu perkara yang luar biasa, dan ia juga nampaknya
bukanlah disebabkan oleh jenis dan mutu makanan itu sema-mata, tetapi
lebih banyak berpunca daripada kecuaian manusia.


Tunjukkan bagaimana masalah
keracunan makanan berpunca daripada kecuaian manusia.



4. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear
biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan
senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat
pemusnah alam yang boleh membawah kecelakaan kepada kehidupan manusia
sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia
sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan dalam
pembangunan sesebuah negara.
Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan peranan
tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun.


STPM 1993


1.
Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam
sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan
melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu.
Sejauh
manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

2. Walaupun matlamat Wawasan 2020 adalah untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berteraskan
perindustrian, namun sektor pertanian masih diberi keutamaan dalam
agenda pembangunan negara. Melalui
Dasar Pertanian Negara, kerajaan akan terus mempercepat perubahan
sektor pertanian menjadi sektor yang lebih moden, komersil, dan mampan
dengan arah pertumbuhan dan pembangunan yang berpandukan pasaran dan
sumber manusia.

Bincangkan potensi dan cabaran
masa depan sektor pertanian di negara ini.

3. Sungguhpun
penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan
dan kebaikkan yang tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya
menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.


Berikan ulasan anda tentang penyataan ini.


4. “ Kita mengakui bahawa kegiatan manusia dalam
mengejar pembangunan merupakan sebab pencemaran dan degradasi alam
sekitar. Kita tidak boleh menghentikan pembangunan sama sekali, tetapi
kita boleh sekurang-kurangnya meminimumkan pencemaran dan degradasi yang
dihasilkan oleh pembangunan itu.”
(Dipetik daripada YAB
Dato’Seri Dr Mahathir Mohamad,Persidangan Bumi di Rio, 1992)



Dengan berdasarkan petikan di atas, jelaskan langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengimbangkan pembangunan dan kemajuan dengan
pemeliharaan alam sekitar.


STPM 1994


1.
Persaingan hidup serta perkembangan teknologi yang semakin canggih
menyebabkan manusia tidak menghiraukan semangat kejiranan. Kini,
masyarakat lebih suka hidup menyendiri. “Bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing.”
Bincangkan
faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya fenomena di atas.

2. Belanjawan
kerajaan 1993 merumuskan beberapa garis perlindungan kepada masyarakat
pengguna. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah dilaksanakan
oleh kerajaan, misalnya langkah kerajaan mengurangkan atau menghapuskan
duti import atas beberapa barang terpilih. Walau bagaimanapun, masih
terdapat pelbagai halangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa ke arah
mencapai matlamat melindungi pengguna.

Berikan penjelasan anda tentang halangan-halangan ini.
3. Sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS)
telah dikesan sjak dua dekad yang lalu tetapi hingga kini, ahli sains,
penyelidik perubatan, dan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia
masih belum menemu penawarnya. Tindakan mempengaruhi manusia supaya
mengubah gaya hidup, dan langkah-langkah membendung Human Immune
Virus (HIV)
juga bukanlah satu tugas yang mudah.
Huraikan
keadaan-keadaan yang mengalakkan penularan kuman HIV dan bincangkan
sebab-sebab penyakit AIDS sukar dikawal.

4. Pencapaian yang cemerlang dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan (p & p) merupakan salah satu punca
kejayaan Malaysia mencapai tahap pembangunan ekonomi yang tinggi.
Tindakan kerajaan menambahkan peruntukan sebanyak RM600 juta di bawah
Rancangan Malaysia Keenam menunjukkan betapa pentingnya peranan p & p
dalam usaha membangunkan negara.

Dengan
berdasarkan penyataan di atas, jelaskan sumbangan p & p dalam
memajukan sektor pertanian di negara ini.

STPM 1995


1.
“Kekurangan dari segi teknik dan kos pembikinan yang tinggi bukanlah
penyebab utama filem negara kita kurang bermutu.” Bincangkan penyataan
ini.

2. Kebelakangan ini Malaysia bergiat cergas
dalam usaha membantu menangani isu-isu antarabangsa. Kelantangan
Malaysia menyuarakan pendapatnya telah menonjolkan negara ini di mata
dunia.
Sejauh manakah Malaysia berjaya
mempengaruhi pihak-pihak tertentu dalam menangai isu-isu tersebut.

3. “Matematik memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan manusia.” Bincangkan penyataan ini.

4. Terdapat
pelbagai jenis barang keperluan domestik dan makanan yang mengandungi
bahan kimia berbahaya, seperti arsenik (dalam cat), alcohol, eter, gikoi
(dalam kosmetik), kafein, gula tiruan, monosodium glutamat, dan
bahan-bahan kimia yang lain seumpamanya. Bahan-bahan ini boleh mengancam
kesihatan seseorang sekiranya tidak digunakan secara berhati-hati.
Jelaskan
kesan penggunaan barang-barang tersebut terhadap kesihatan pengguna.

STPM 1996


1. Kegagalan ibu bapa menyempurnakan
tanggunajawap terhadap anak-anak terutamanya yang sudah remaja merupakan
punca utama kejadian jenayah remaja. Oleh itu, hukuman patut juga
dikenakan terhadap ibu bapa di samping hukuman terhadap anak-anak mereka
yang telah melakukam kesalahan jenayah.
Sejauh
manakah anda bersetuju dengan saranan di atas?

2.
Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang
mempunyai nilai sejarah, seni dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam
konteks pembangunan sesebuah negara dan masyarakat.

3.
Lebuh Raya Maklumat berupaya mendekatkan dan menghubungkan
manusia tanpa mengenal jarak dan batas sempadan. Bincangkan kemungkinan
yang dapat dimanfaatkan daripada perkembangan teknologi tersebut dalam
kehidupan masyarakat Malaysia.

4. “Amalan pemakanan dan gaya hidup baru merupakan punca utama
munculnya pelbagai penyakit masa kini.” Bincangkan penyataan ini.


STPM 1997


1. Maruah dan martabat sesuatu bangsa
itu tidak hanya terletak pada kemantapan bahasa semata-mata. Masih
terdapat faktor-faktor lain yang juga boleh menentukan maruah dan
martabat sesuatu bangsa itu.
Berikan pendapat anda tentang
penyataan di atas.

2. Sekatan ekonomi merupakan satu cara yang
berkesan untuk memaksa sesebuah negara akur kepada kehendak masyarakat
antarabangsa .
Jelaskan
penyataan ini.

3. Sains dan
teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni
dan kemanusiaan mesti dikorbankan.
Jelaskan penyataan
ini.

4.Walaupun
teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan
kita seharian, namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada
penggunaan teknologi berkenaan
Bincangkan penyataan ini
STPM 1998


1. “ Industri pelancongan banyak
memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan
positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita
kepada kesan negatifnya.”
Jelaskan penyataan ini.
2. Masyarakat
penyayang merupakan satu aspek yang penting dalam usaha
membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju sebagimana
yang dinyatakan dalam Wawasan 2020.
Bincangkan cara-cara
untuk mencapai hasrat membentuk masyarakat penyayang, dan
halangan-halangan yang dihadapi dalam mencapai hasrat ini.

3. “Untuk mencapai status negara
maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi
yang tinggi.”
Jelaskan
peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di
atas.

4. Malaysia
banyak mengimport bahan makanan daripada luar negara.
Jelaskan faktor-faktor yang
mewujudkan keadaan ini, dan huraikan bagaimana Malaysia boleh
mengurangkan pergantungan pada bahan makanan yang
diimport.

STPM 1999

1. Penubuhan Institut Pendidikan Tinggi (IPTS)
bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institut Pendidikan
Tinggi Awam (IPTA).



Bincangkan peranan
IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripadanya.



2. Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah
jenayah komersial di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada
7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam
kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta
berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya.



Berdasarkan penyataan di atas, huraikan
sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasi kepada
negara.



3. Krisis air telah melandai sebahagian besar
negara terutama di kawasan Lembah Kelang. Adalah didapati bahawa kemarau
panjang yg dibawa oleh El Nino bukanlah satu-satu sebab yang mecetuskan
krisis tersebut.



Pada pendapat
anda, apakah faktor-faktor lain yang telah menyebabkan berlaku krisis
itu dan bagaimana pula untuk menanganinya?



4. Menurut International Data Corporation,terdapat
11 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka itu akan mencapai
42 juta pada thaun 2001. Ini adalah satu perkembangan yang
menakjubkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia
mempunyai kesan sampingan.


Bincangkan penyataan
ini.


STPM 2000




1. Hukuman penjara adalah salah satu daripada
beberapa cara yang wajar dilakukan bagi memulihkan perilaku seseorang
pesalah. Selain itu, terdapat cara-cara lain yang boleh dilaksanakan
bagi mengatasi gejala jenayah hari ini . Bincangkan.



2. Taraf kesihatan dan kehidupan dewasa ini
dijangka akan berupaya melanjutkan lagi hayat manusia dan memungkinkan
semakin ramai warga tua akan dalam masyarakat pada alaf
baru ini.

Bincangkan
implikasi peningkatan golongan warga tua di negara ini.

3. Secara umum bahan kima toksik boleh mengancam
kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya ia tidak diuruskan dengan
baik.
Jelaskan
kesan bahan tersebut terhadap manusia.


4. Pembentukan koridor raya
mutlimedia adalah merupakan satu
usaha mempergiat lagi perkembangan
dan kemajuan teknologi maklumat di Malaysia .

Bincangkan kesan usaha ini
terhadap pembangunan negara







STPM 2001


1. Bermacam-macam
kempen telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu menarik pelancong
datang melawat ke sesebuah negara dan menyaksikan
keindahan serta keunikan yang terdapat di negara berkenaan.
Bincangkan kesan pelancongan
terhadap budaya tempatan.

2. Gejala-gejala
sosial yang banyak dilaporkan berlaku di sekolah kebelangkangan ini
adalah juga berpunca daripada merosotnya penyertaan pelajar-pelajar
dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.
Pada pendapat
anda, apakah strategi yang sesuai yang boleh dilakukan bagi memesatkan
semula aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar sekarang ?

3. Pencemaran laut kurang mendapat perhatian
manusia, tetapi ia adalah satu masalah yang perlu dibendung dan dikawal.
Jelaskan sebab-sebab terjadinya pencemaran tersebut.

4. “ Penemuan dan penghasilan
sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan
manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan
risiko kepada sesebuah negara. ”
Sejauh manakah
anda bersetuju dengan penyataan ini ?

STPM 2002
1. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti
pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yg terus-menerus berkembang.
Sungguhpun secara umum buruh kanak dianggap menyalahi undang-undang,
tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan &
kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya.
Bincangkan pernyataan ini
2 Rakyat Malaysia
digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa, bahkan di sekolah
pelajar diwajibkan mempelajari sekurang-kurangnya Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua.
Bincangkan faedah mempelajari
bahasa kedua dan masalah bagi mencapai hasrat tersebut

3.
Kepentingan hidupan liar kepada alam dan manusia memang tidak
dinafikan lagi, namum begitu bilangannya dikatakan semakin berkurangan.
Huraikan bagaimana masalah
kepupusan hidupan liar ini ditangani.

4. “ Penggunaan kaedah kawalan
biologi merupakan satu kaedah alternatif kepada kelemahan
penggunaa bahan kimia untuk mengatasi serangga perosak dan makhluk
perosak dalam sektor pertanian.”
Bincangkan
pernyataan.

STPM 2003
1. Dalam usaha mempelbagaikan
keluaran industri negara, Malaysia begitu prihatin untuk terus
memperkembangkan industri kecil dan sederhana ( IKS). Bincangkan
pontensi dan masalah yang dihadapi oleh industri kecil dan
sederhana pada masa ini di negara kita.

2. Industri muzik tempatan
menghadapi banyak masalah. Sehingga kini masalah tersebut belum adsa
penyelesaiannya. Oleh yang demikian langkah-langkah yang sewajarnya
perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan.

3. Obesiti merupakan satu masalah
kesihatan yang berlaku di kalangan anggota masyarakat tanpa mengira
peringkat umur. Bincangkan factor-faktor yang menyebabkan berlakunya
masalah tersebut dan kesannya terhadap kehidupan manusia.

4. Hutan bakau banyak
kepentingannya terhadap persekitaran sesebuah negara. Walau
bagaimanapun, sejak kebalakangan ini kegiatan tebus guna kawasan pantai
telah memberi kesan yang serius terhadap kawasan hutan bakau. Huraikan
kepentingan hutan bakau terhadap persekitaran fizkal dan sosioekonomi
sesebuah negara.




STPM 2004

1. Sistem pendidikan yang dilaksanakan kini
memberikan pemberatan 60 % kepada bidang sains dan
teknologi. Bincangkan faedah daripada perlaksanaan dasar berkenaan



2. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan
kepada negara-negara membangun, namum pada masa yang sama proses
tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara
berkenaan. Bincangkan



3. Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada
kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai
negatif. Bincangkan.



4. Sesungguhpun bidang perubatan moden semakin
berkembang, namum perubatan tradisional masih lagi
mendapat perhatian masyarakat. Jelaskan ciri-ciri yang membezakan
kedua-dua jenis perubatan ini.





STPM 2005

1. “ Bahasa menunjukkan bangsa.” Bincangkan peribahasa ini dalam
konteks Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan
oleh kerajaan baru-baru ini.



2. Akhir-akhir ini banyak rungutan yang diterima daripada orang
ramai berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga
pihak berkenaan sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan yang
diberikan. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaian
yang baik serta kesannya jika keadaan yang menimbulkan rungutan itu
dibiarkan berterusan



3. Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan
kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara
mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk
mengawalnya. Bincangkan.



4. Mengikut
laporan UNESCO sejak tahun 1970-an, bekalan air bersih dunia didapati
semakin berkurang, Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa
masalah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

STPM
2006


1. Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) merupakan satu program
yang baik untuk memperkasakan genarasi belia di negara ini dari segi
fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan masa
hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan
cadangkan cara-cara lain untuk mencapai matlamat di atas.



2. Kita tidak
dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian
untuk memajukan sekotr perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa
yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk
meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang penyataan
di atas.




3. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan
untuk merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah alam
sekitar. Bincangkan



4. Ilmu sains dan teknologi dapat membantu manusia
mengatasi masalah jenayah. Dengan mengemukakan contoh yang sesuai,
bagaimanakah aplikasi ilmu tersebut dapat membantu kita menangani
masalah jenayah ?












STPM 2007





1. Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang
terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif
kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk
membendung masalah tersebut. Bincangkan



2. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan
kadar kes juvana di negara kita pada msa ini. Usaha perlu dilakukan
untuk membendung gejala ini. Huraikan.



3. Nuklear biasanya dikaitkan dnegan kemusnahan dan kecelakaan,
namum hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini telah mengubah
persepsi terhadapnya. Bincangkan.



4. Tanaman ubah suai genetik didapati berupaya meningkatkan
sektor pertanian ngara, namum pada masa yang sama tanaman ini turut
menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan.





STPM 2008


1. Dalam usaha meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan
laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan
kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh
pelanggan semasa menggunakannya.



2. Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah
mencetuskan aktiviti pelancongan yang dapat memberikan manfaat kepada
negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan
aktiviti ini berterusan. Bincangkan penyataan ini.


3.
Kawasan tanah bencah ( wetland) sangat penting kepada ama sekitar.
Bincangkan penyataan ini.

4. Masalah jerebu
dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah
manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini
boleh memberikan kesan memudaratkan. Bincangkan penyataan ini.



STPM 2009



1. ”
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Begitulah pepatah orang
tua kita yang memberikan gambaran belia ialah golongan yang penting
dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri-ciri yang perlu ada pada
golongsn belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.






2. Selain
keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor
pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Huraikan
penyataan ini.






3 Bahan kimia
semakin banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang
diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan esan
sampingan. Jelaskan .






4. Kawasan
hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh
mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. Huraikan penyataan
ini.

lonelytree

帖子数: 128
学分 248
注册日期: 09-07-29

查阅用户资料

返回页首 向下

浏览上一个主题 浏览下一个主题 返回页首


您在这个论坛的权限:
不能在这个论坛回复主题